
Tentang Tanya Peguam Anda
Penulisan perundangan ini adalah sebagai pengetahuan dan kesedaran undang-undang. Tanya Peguam Anda adalah perkongsian tulisan undang-undang oleh sekumpulan peguamcara dan peguambela yang beramal di Mahkamah. Tulisan undang-undang dalam laman ini berkaitan dengan isu semasa dan perspektif undang-undang, kes sivil dan jenayah dan pelbagai lagi isu berkaitan undang-undang.
Siapa kami?

Kami bermula dari perkongsian tulisan di Facebook page kami iaitu Tanya Peguam Anda yang penulisan utamanya oleh peguam Nor Zabetha. Sehingga tercetusnya laman blog ini, kami mengumpulkan sekumpulan penulis dari kalangan Peguamcara dan Peguambela Sivil dan Syariah yang mempunyai pengalaman mengendalikan kes di Mahkamah.
Tujuan perkongsian oleh Tanya Peguam Anda

Isu atau ilmu berkaitan undang-undang ini jarang diketengahkan secara intensif dikalangan umum. Oleh kerana itu, kami berpendapat banyak kesilapan, penganiayaan dan kesalahan dilakukan kerana tidak celik undang-undang. Jadi kami berharap perkongsian undang-undang ini dapat memberi pendidikan tentang hak dan undang-undang.
Siapa yang sesuai membaca blog kami?

Bagi mereka yang berminat ingin tahu tentang undang-undang. Bagi mereka yang sedang menghadapi masalah undang-undang. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak dan bercita-cita ingin jadi peguam, kami ada kategori tulisan ‘Bagaimana saya menjadi peguam?’ dan ‘Pengalaman di Mahkamah’.
Perkongsian tentang hala tuju subjek apa perlu dipilih bagi mereka yang bercita-cita ingin menjadi peguam dan segala proses sejak dari zaman persekolahan, universiti sehingga tamat pengajian jarang dikongsikan menyebabkan ada salah tanggapan dan tidak tahu cara bagaimana seseorang ingin mengejar cita-cita sebagai peguam. Maka, kami kongsikan kisah dan pengalaman dari peguam sendiri.
Hubungi Kami
Facebook Page: Tanya peguam anda
Facebook Akaun: Nor Zabetha
Email: messrs@nzclegal.com