Realiti dan Undang-Undang

Ada yang bertanya kepada saya tentang kesalahan dan seksyen undang-undang itu dan ini yang dihukum berbeza-beza tetapi kata mereka ada ramai kawan-kawan mereka yang membuat kesalahan tidak ditangkap, walaupun diperuntukkan oleh Akta. Mengapa?

Saya pernah menulis berkenaan kesalahan di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan iaitu kesalahan mengambil deposit tanpa lesen yang sah tetapi ramai individu atau peniaga yang mengutip wang dan tidak ditahan. Mengapa?

Akta Sewa Beli tidak membenarkan pembelian kereta secara sambung bayar kenderaan tetapi kenapa ramai yang buat tidak didenda dan ditangkap? Sedangkan sambung bayar sewa beli ini sudah menjadi praktis kebanyakkan individu walaupun ada undang-undang jelas sehinggakan saya menulis solusi yang boleh diambil penjual kerana ramai penjual yang jadi mangsa akibat tidak tahu undang-undang dan cara menuntut semula pembeli kereta yang gagal untuk membuat bayaran sambung bayar.

Contoh lain, kesalahan memindahkan, menyembunyikan harta dengan niat untuk mengelakkan harta-harta tersebut dirampas berdasarkan undang-undang kepada pemiutang, sekiranya dibankrapkan boleh didenda atau penjara berdasarkan Seksyen 421 Kanun Keseksaan. Banyak kes yang kita dengar tetapi tidak ditangkap. Mengapa?

Banyak lagi senarainya……
Banyak undang-undang tetapi tiada dakwaan atau tangkapan? Jadi kita mula berfikir, mungkin tidak salah langgar undang-undang kerana tidak ada tindakan oleh pihak polis atau penguatkuasa.

Analogi mudah, kita semua sedia maklum tidak ada lesen memandu adalah kesalahan dan boleh dihukum tetapi sepanjang kita memiliki lesen memandu berapa kali sangatlah kita ditahan oleh polis dan minta ditunjukkan lesen kita. Melainkan sekiranya ada road block atau ditahan polis secara tiba-tiba. Waktu itu jika tidak ada lesen, kita perlu menghadap kesannya tetapi jika ada, tiada tindakan. Begitulah undang-undang, selagi mana tidak dikesan, mungkin selamat tetapi hati-hati mungkin banyak mata-mata yang memerhatikan kita.

Dalam bahasa mudah, selagi tak kantoi tak ada lesen, selamat! Jika tertangkap, maka panjanglah ceritanya. Disaman, kemudian ke mahkamah. Mujurlah kesalahan tiada lesen bukanlah kesalahan besar. Dendanya masih tidak banyak berbanding kesalahan mengambil deposit tanpa lesen yang boleh didenda sehingga RM50 juta ringgit. Bayangkan hendak menyediakan kos bayar kos peguam, menyediakan wang jaminan dan denda. Pening!

TPA_Realiti dan Undang-undang_1

Untuk didakwa salah juga, setiap kesalahan perlu penuhi elemen kesalahan. Jadi takkan nak tunggu tertangkap baru kita berhenti melakukan kesalahan?

Patuhi undang-undang dan kenali undang-undang supaya kita tidak didakwa atau diambil tindakan dan jangan ikut mereka yang langgar undang-undang ini. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

DISCLAIMER
Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia. Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet . Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: