Perkataan ‘PM tepi’ di Media Sosial

Peniaga online yang menggunakan strategi perkataan “PM tepi” di media sosial boleh dipenjarakan atau denda! Semalam dilaporkan di Harian Metro seorang peniaga perabot di Seri Kembangan diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 12/3/2019 kerana strategi menggunakan perkataan “PM tepi” di sosial media. Syarikat perabot ini menggunakan konsep PM atau …

Kesalahan dan Hukuman Body Shaming

Disebabkan kes-kes depresi, murung atau kecenderungan mencederakan atau membunuh diri kerana tulisan-tulisan netizen di internet yang semakin menjadi-jadi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi amaran bahawa bagi kesalahan Body Shaming ada undang-undang yang mengawal dan pesalah boleh disabitkan kesalahan. Tujuannya untuk mengelakkan komen-komen jahat dengan menjadikan saiz dan penampilan seseorang sebagai bahan jenaka atau bahan pembulian …

Langkah-langkah Membuat Tuntutan dari Pihak Highway Sekiranya Kemalangan Akibat Kecuaian Lebuhraya

Kalau berlaku kemalangan di atas lebuhraya, akibat kecuaian lebuhraya, anda boleh menuntut jumlah ganti rugi 100% kepada highway tanpa membuat tuntutan insurans dan tanpa kehilangan NCB. Kebiasaannya sewaktu musim perayaan atau cuti panjang, ramai yang memandu untuk pulang ke kampung atau bercuti. Jadi saya kongsikan kes kemalangan bagaimana yang boleh anda tuntut ganti rugi kemalangan …

Bolehkah Kita Menyaman dan Menuntut Ganti Rugi Dari Pihak Highway Sekiranya Berlaku Kemalangan?

Jawapannya boleh. Dalam kes Noor Ana Bt Bakri  & 3 lagi lawan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad & 1 lagi [2019] 5 LNS 19 mahkamah membenarkan tuntutan kehilangan tanggungan sebanyak RM 422,400.00 kepada anak dan isteri si mati dan tuntutan sebanyak RM 57,600.00 kepada bapa si mati. Bagaimana caranya? Sebelum ini saya pernah menulis tentang tuntutan …

Kes Langgar Lari. Boleh Tuntut atau Tidak?

Bayangkan keadaan mangsa langgar lari. Tiba-tiba! Keadaan jadi panik. Mangsa tercampak. Tidak sempat langsung melihat kelibat kenderaan si pelanggar. Terus si pelanggar memecut laju! Tambah malang jika mangsa meninggal dunia. Adakah mangsa akan mendapat keadilan sewajarnya. Malangnya sekiranya tiada saksi dan mangsa sendiri tidak nampak atau meninggal maka si pelaku terlepas begitu sahaja. Tanpa sebarang …

Tuntutan PERKESO/SOCSO Sekiranya Berlaku Kemalangan Ketika Sedang Berkerja

Kisah anak guam sahabat saya, tentang seorang despatch part time yang membantu kerja-kerja majikannya di pejabat. Pemuda despatch yang membantunya bekerja ini sedang bercuti sementara menyambung pelajarannya dalam bidang kejuruteraan. Oleh sebab tidak mahu membuang masa dan membuat duit tambahan, dia bantu sahabat saya. Jadi dia masuk pagi dan pulang tengahari. Pada hari kejadian, sahabat …

Kes Langgar Lari Arwah Wan Amirah

Suspek Wan Amirah, mangsa kes langgar lari di Cyberjaya telah ditangkap. Soalannya bolehkah suspek dihukum gantung sampai mati kerana menyebabkan kematian kepada mangsa kemalangan? Selalu saya ditanya soalan ini, kenapa si pelaku tidak boleh dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh akibat melanggar mangsa sehingga mati. Bukan sahaja si pelaku meragut nyawa tetapi juga menyebabkan …

Ditipu Menggunakan Platform LAZADA

Semalam berkali-kali mama saya telefon kerana penghantaran walker untuk anak saya sudah sampai tapi yang sampai bukannya walker tetapi tasbih yang dibungkus dalam kotak kecil. Kecewa dia. Waktu dia buat bayaran dan tempahan di Lazada, dia ada hubungi saya. Katanya, Lazada ada buat jualan diskaun. Memanglah biasa Lazada buat begitu, jadi saya tidak tolong semak. …

Apa yang Kita Perlu Lakukan Sekiranya Terima Barangan Rosak Pembelian Secara Online

Pengalaman terima barangan rosak secara pembelian online. Cara-cara untuk selesaikan. 19 Julai 2019 saya ada terima bungkusan dari Lazada untuk pembelian Smart TV Samsung 49 inci, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00. Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan Lazada sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah …

Cara-cara Menyemak Kesahihan Peguam Melalui Laman Web Majlis Peguam

Selepas pihak polis mengeluarkan kenyataan berkenaan peguam yang diburu kerana penyelewengan wang bernilai RM30.4 juta. Ada yang bertanya senarai tersebut. Boleh lihat keratan akhbar link 21 peguam yang di buru polis tersebut. Mungkin ramai yang tidak mengambil endah berkenaan isu ini kerana tanggapan bukan semua akan menggunakan khidmat peguam. Jangan salah anggap, kemungkinan setiap dari …