Lagu Negara ku –Gagal berdiri boleh ditangkap tanpa Waran.

Tahukah anda, sekiranya ada gagal berdiri atau menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku anda boleh ditangkap polis tanpa waran tangkap selaras dengan Seksyen 9, Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Jadi bermakna sekiranya ada gagal berdiri dalam sesuatu Majlis yang menyiarkan dan/atau menyanyikan lagu Negaraku, ada boleh ditahan segera tanpa menunggu waran tangkap dari Mahkamah.

Sekiranya polis pada pendapatnya bahawa si pelaku gagal menghormati Seksyen 8, Akta Lagu Kebangsaan, iaitu gagal berdiri sebagai tanda hormat boleh membuat tangkapan ini. Si pelaku boleh dihadapkan ke Mahkamah dan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 8 dan didenda maksimum RM100 ringgit atau penjara tidak lebih satu tahun.

Memanglah nampak sikit, tetapi hendak menghadap situasi ditangkap polis dan dibawa ke Mahkamah itu adalah pengalaman perit. Berdasarkan Seksyen 8 ini juga, membenarkan individu tidak berdiri contohnya lagu tersebut  disiarkan dalam televisyen di rumah dan keadaan yang mempunyai nature lebih kurang sama.

Seksyen 8 memperincikan apakah perbuatan yang dianggap menghina lagu Negaraku iaitu sekiranya anda tidak mempunyai alasan yang kukuh alasan mengapa anda tidak boleh berdiri sewaktu lagu Negara dikeudarakan dan  perbuatan tersebut dianggap menghina lagu Negaraku.

Baru-baru ini ada isu beberapa individu disoal siasat dan diambil keterangan kerana gagal berdiri sewaktu sebagai tanda hormat Lagu Negaraku dikeudarakan.

Beringatlah, ini bukan kesalahan biasa-biasa tetapi kesalahan boleh bawa ke Mahkamah dan didakwa. Dalam diri kita ini perlu rasa cintakan Negara sendiri dan patriotik.

Topik berkaitan: Waran tangkap. Perlu atau tidak?

DISCLAIMER:

Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: