Semalam berkali-kali mama saya telefon kerana penghantaran walker untuk anak saya sudah sampai tapi yang sampai bukannya walker tetapi tasbih yang dibungkus dalam kotak kecil. Kecewa dia.


Waktu dia buat bayaran dan tempahan di Lazada, dia ada hubungi saya. Katanya, Lazada ada buat jualan diskaun. Memanglah biasa Lazada buat begitu, jadi saya tidak tolong semak.

Minggu lepas pun sama juga, hari Jumaat. Staff di firma saya, dia buat pembelian almari baby dengan harga hanya RM50.00 tetapi yang sampai tasbih. Kurang asam betul. Jadi tolong hati-hati. Saya pun tidak faham kenapa ada ketirisan dari pihak Lazada untuk membuat penapisan peniaga dalam pasaran digitalnya itu.
Bukankah sepatutnya Lazada perlu buat semakan terhadap status pendaftaran syarikat. Dulu saya sangkakan tak mungkinlah ada geng penipu yang boleh guna platform ini. Ada juga. Cis!

Saya buat semakan staff dan mama saya ditipu oleh peniaga atau store yang sama iaitu Jiayou dari China. Bila saya semak senarai barangan yang dijual oleh store Jiayou ini, rata-rata harga hampir sama. Semuanya lingkungan RM48-RM51 untuk setiap jenis barangan, tidak kiralah baby stroller atau baby walker atau apa sahaja. Harganya memang tidak munasabah tetapi sebab minggu BDay oleh Lazada maka ada kemungkinan boleh terjadi, oleh itu ramai mangsa terkena.Saya buat kira-kira kalau seorang dia berjaya tipu RM50.
Kalau sehari ada seribu pembeli, nilai pulangan penipuan RM50,000. Seminggu RM350,000. Hati-hati, memang nilai penipuan terhadap individu nampak kecil tapi kalau dikumpulkan berlipat ganda keuntungan scammer tu.

Jadi bagi kita yang hendak beli di Lazada, Shopee atau apa sahaja pasaraya online, sila semak dulu rating store, testimoni pembeli atau apa-apa sahaja informasi seperti saya bulatkan dalam gambar. Kalau harga terlalu murah untuk barangan yang kita rasakan tak munasabah, contohnya stroller harga RM50.00 dan store pula lansung tidak ada rating atau testimoni, hati-hati!
Saya sudah buat email aduan supaya ramai lagi tak terkena.
Update terkini: Semua gambar-gambar saya dalam Facebook yang saya tulis dalam artikel ini telah pun dipadam secara automatik oleh Facebook.

Jadi saya share dalam ruangan komen atau boleh ke page Tanya Peguam Anda. Bukan pasal saya hendak kecam tetapi tak mahu ada yang tertipu. Jadi sebelum ada kemungkinan status saya ini dipadamkan, tolong share dan bagi peringatan pada yang lain.
Tadi pagi adik saya hubungi Lazada, Lazada kata mereka tidak boleh refund yang boleh refund hanyalah syarikat itu. Tambah pula Lazada beritahu mereka telah deactive store Jiayou ini kerana banyak aduan. Setakat semalam saya semak, masih ada iklan-iklan syarikat Jiayou.
Topik yang berkaitan:
DISCLAIMER:
Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.