Bayangkan keadaan mangsa langgar lari. Tiba-tiba! Keadaan jadi panik. Mangsa tercampak. Tidak sempat langsung melihat kelibat kenderaan si pelanggar. Terus si pelanggar memecut laju! Tambah malang jika mangsa meninggal dunia.

Adakah mangsa akan mendapat keadilan sewajarnya. Malangnya sekiranya tiada saksi dan mangsa sendiri tidak nampak atau meninggal maka si pelaku terlepas begitu sahaja. Tanpa sebarang keadilan.

Logiknya, kalau hendak report polis apa butiran si pelaku yang akan diisikan? Jika hendak tuntut ganti rugi sivil, kepada siapa yang ingin dituntut? Identiti tidak dapat dikenalpasti. Jadi si pelaku ini terlepas begitu sahaja.

Kasihanlah kepada mangsa atau lebih teruk lagi ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang sekelip mata atau tempat bergantung sekelip mata. Lebih sedih sekiranya si mati adalah meninggalkan anak isteri yang ditanggung olehnya. Tiada keadilan.

Tetapi jika, dapat dikenalpasti nombor kenderaan dan butiran lain seperti jenis kereta, warna kereta ini sangat membantu.

Saya sarankan teramat sangat. Sekiranya anda menjadi saksi kemalangan tolong jadi warga yang prihatin. Salin butiran-butiran kemalangan seperti berikut:-

1. Tarikh;

2. Waktu;

3. Kawasan di mana kemalangan berlaku;

4. Nombor pendaftaran kenderaan pelaku, jenis kenderaan dan butiran seperti warna atau apa sahaja maklumat yang boleh membantu seperti kereta tersebut telah modify dan apa perubahan yang dibuat. Ini bertujuan untuk mengenalpasti kenderaan;

5. Maklumat tentang mangsa, jantina, jenis kenderaan yang dipandu waktu kemalangan, butiran kenderaaan mangsa dan nombor pendaftaran kenderaan mangsa. Ini bertujuan untuk mengenalpasti mangsa dan butirannya adalah bertepatan dengan kes.

Cukup maklumat ini, buat cover report di balai polis. Ini sebagai langkah bukti anda menjadi saksi dan butiran-butiran kemalangan. Sekiranya anda menjadi saksi di mahkamah, cover report ini sangat membantu.

Sekiranya selepas anda buat cover report masih tiada maklum balas anda akan dihubungi untuk membantu mangsa atau warisnya. Anda mungkin boleh memaklumkan di media sosial atau apa sahaja medium untuk anda menawarkan diri tampil sebagai saksi membantu mangsa atau waris.

Walaupun mungkin berat tugas yang ingin anda tawarkan tetapi dapat membantu mangsa atau warisnya untuk mendapat keadilan dari dizalimi oleh pelaku yang tidak perihatin dan pentingkan diri sendiri.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: