Boleh atau Tidak Rakaman-Rakaman Perbualan Telefon Dilampirkan Sebagai Bukti di Mahkamah?

Minggu ini telah didedahkan beberapa rakaman percakapan berkaitan DS Najib. Persoalannya bolehkah rakaman yang dirakam begini dijadikan bukti di mahkamah? Adakah rakaman tanpa kebenaran boleh dijadikan bukti? Tulisan saya tidak langsung menjerumus ke arah politik, hanya perkongsian ilmu dari kes yang pernah direkodkan oleh mahkamah dan berkenaan keputusan dan pandangan mahkamah berkenaan isu ini. Jadi …

Mahkamah Pendapat Awam – Court of Public Opinion

Satu-satunya mahkamah yang kita tahu, adalah mahkamah dalam sistem perundangan. Mahkamah ini adalah untuk mengadili pihak-pihak atau menjatuhkan hukuman. Hukuman atau sesuatu hukuman ini dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang, prosedur, berdasarkan penilaian dan semakan fakta yang dinilai oleh hakim bagi sesuatu kes. Dalam mahkamah sistem perundangan ini, pihak-pihak mempunyai peluang untuk membela diri. Mengemukan kesnya dengan …

Tuntutan di Mahkamah atau Tribunal Pengguna?

Kalau kita tidak berpuas hati dengan servis atau produk sesuatu barangan dan kita hendak menuntut ganti rugi. Adakah kita patut ke Mahkamah atau ke Tribunal Pengguna? Mana lebih baik? Mana lebih jimat? Apa bezanya? Sebenarnya tuntutan boleh dibuat dari salah satu saluran ini tetapi kita pertimbangkan mana lebih lekas dan jimat kerana mengambil kira kita …

5 Kesilapan Merangka Perjanjian DIY(Buat Sendiri)

Apabila saya dirujuk oleh bakal anak guam bagi memulakan kes saman kerana keingkaran Perjanjian, kebiasaannya Perjanjian yang dibuat sendiri ini banyak kesilapan. Kesilapan-kesilapan ini yang menyebabkan Perjanjian boleh dicabar di mahkamah, tidak boleh dilaksanakan atau lebih teruk tidak laku dan tidak boleh digunapakai untuk menuntut. Berikut adalah merupakan 5 kesilapan: 1) Butiran pihak perjanjian tidak …

Solat Sewaktu Bekerja yang Disarankan Oleh Jabatan Kerja

Sebenarnya berapa lama waktu solat yang patut majikan berikan kepada setiap pekerja? 10 minit? 20 minit? 30 minit? Tahun lepas, 2019 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ada mengeluarkan garis panduan tempoh yang sepatutnya dibenarkan kepada seseorang pekerja kerana terdapat beberapa aduan berkenaan isu membenarkan pekerja beragama Islam ini bersolat. Boleh rujuk Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam …

Kesalahan Memegang Kad Pengenalan Individu Lain

Kesalahan memegang kad pengenalan individu lain, boleh didenda maksimum RM20,000 atau maksimum penjara 3 tahun. Perkara ini mungkin nampak remeh tetapi mungkin juga boleh terjadi. Contohnya, tersimpan kad pengenalan pasangan atau kekasih. Mungkin juga tugasan kita di bahagian pendaftaran atau keselamatan di sesuatu tempat memerlukan kita memegang sebarang butiran pengenalan individu yang berkunjung. Mungkin juga …

Bagaimana Jika Pengawal Keselamatan Berkeras Hendak Simpan Kad Pengenalan?

Secara amnya kita tahu yang sekiranya anda bukan pihak berkuasa seperti yang diperuntukkan dalam, Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN), anda dilarang menyimpan kad pengenalan seseorang. 7  Pengemukaan dan pemeriksaan kad pengenalan (1) Mana-mana pegawai pendaftaran, pegawai polis, pegawai kastam atau mana-mana anggota Angkatan Tentera semasa menjalankan tugas menjaga atau mengawas, dan mana-mana pegawai, atau …

Tidak Membawa Kad Pengenalan atau Tertinggal Boleh Didenda Maksimum RM20,000 atau Penjara 3 Tahun

Nampak remeh tetapi berat. Anda hendak ke kedai berdekatan dan sengaja anda tinggalkan kad pengenalan. Hanya bawa beberapa keping duit kertas. Malas hendak bawa dompet, renyah. Dekat sahaja jarak rumah dengan kedai. Apalah sangat akan berlaku? Dalam perjalanan ke kedai tiba-tiba anda ditahan polis. Anda diminta kemukakan kad pengenalan. Anda beri alasan tertinggal di rumah …