Kami ada ditanyakan berapa nilai sebenar jumlah tuntutan bagi kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Adakah boleh kita menuntut ratusan ribu bagi cedera patah kaki?

Adakah nilai bagi setiap anggota badan adalah sama ataupun berbeza?Sekiranya anda pernah mempunyai soalan yang sama seperti di atas, artikel ini akan menjawab persoalan anda.

Bagi tuntutan-tuntutan bagi kecederaan ini, mahkamah lazimnya akan merujuk kepada Ikhtisar Kecederaan Diri atau lebih dikenali sebagai ‘Compendium of Personal Injury Awards’.

Setiap anggota badan mempunyai lingkungan jumlah atau ‘harga’ pampasan yang boleh dituntut.Jumlah yang boleh dituntut berdasarkan kompendium ini walau bagaimanapun hanyalah sebagai panduan yang digunakan oleh pihak mahkamah.

Di dalam ‘Compendium of Personal Injury Awards’ ini kecederaan-kecederaan ini telah dikelaskan kepada beberapa jenis kecederaan iaitu, Kecederaan Ortopedik (Orthopaedic Injuries), Kecederaan Dalaman (Internal Injuries) dan juga Kecederaan Luaran (External Injuries).

Antara kecederaan yang dikelaskan sebagai Kecederaan Ortopedik adalah kecederaan yang melibatkan gigi.

Sekiranya anda mengalami kecederaan yang melibatkan gigi, jumlah tuntutan yang anda boleh perolehi juga bergantung kepada berapa jumlah gigi yang anda hilang (lost), retak (fractured) ataupun pecah (broken).

Contohnya, jika 1 hingga 5 gigi terlibat, maka jumlah yang boleh dituntut adalah dalam linkungan RM 2,000 hingga ke RM 10,000.

Bagi kecederaan bahagian kaki, contohnya paha (femur), tuntutan yang boleh dibuat adalah sebanyak RM 18,000 hingga ke RM 40,000.

Contoh lain di bahagian kaki adalah kecederaan di bahagian lutut yang mana ianya tidak boleh kita ambil mudah kerana mungkin akan memberi kesan yang lebih besar seperti masalah ketidakstabilan apabila seseorang itu berdiri.

Bagaimana pula sekiranya seseorang itu mengalami kecederaan dalaman seperti bahagian otak sehingga mengakibatkan mangsa berada dalam keadaan koma?

Dalam situasi ini, jumlah tuntutan yang akan dipertimbangkan adalah sebanyak RM 150,000 hingga RM 200,000.

Setiap jumlah kecederaan ini mengandungi minimum (low) atau maksimum (high) contohnya dalam koma di atas, minimum adalah RM 50,000 hingga RM 200,000.

Apakah yang menentukan jumlah sebenar yang akan dibenarkan oleh mahkamah?

Ini adalah bergantung kepada faktor seperti berikut.

1. Umur orang yang menuntut. Sama ada kanak-kanak kecil, remaja atau dewasa. Sekiranya mereka berada dalam kemuncak hidup seperti muda atau mempunyai kerjaya, tuntutannya lebih tinggi.

2. Lelaki atau perempuan.

3. Berkahwin atau tidak dan sejauh mana kecederaan boleh memberi kesan kepada prospek perkahwinan. (misalnya, kecederaan kepada organ seksual. Kami kongsikan contoh jadual tuntutan dalam gambar di bawah)

4. Jika berkahwin berapa jumlah anak?

Jadi apa yang dapat disimpulkan adalah, setiap anggota badan yang cedera akibat kemalangan mempunyai nilainya sendiri berdasarkan “Compendium of Personal Injury Awards. Berikut adalah merupakan beberapa contoh nilai tuntutan berdasarkan Compendium:-

Jadual Tuntutan bagi Kecederaan Tangan
Jadual Tuntutan bagi Amputasi Tangan
Jadual Tuntutan bagi Kecederaan Kaki
Jadual Tuntutan bagi Amputasi Kaki
Jadual Tuntutan bagi Kecederaan Organ Seksual

Walau bagaimanapun kompendium ini hanyalah sebagai satu panduan dalam penetapan nilai tuntutan yang boleh diperolehi dan ianya juga bergantung kepada situasi kemalangan yang dialami.

Anggota badan sebenarnya adalah anugerah yang tidak ternilai. Oleh itu kita seharusnya bersyukur sekiranya tidak pernah terlibat dalam kemalangan yang mengakibat kecederaan ini.

Berhati-hatilah di jalan raya.

-Team Tanya Peguam Anda-

DISCLAIMER:

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: