Berapa cuti tahunan yang dibenarkan oleh Akta Pekerja 1955?

Berapa cuti tahunan yang dibenarkan oleh Akta Pekerja 1955 bagi setiap pekerja?

Cara menguruskan perniagaan atau pekerja oleh majikan selalunya tidak sama. Ada yang jenis fleksibel dan ada yang terlalu tegas. Ada yang menjaga kebajikan dan ada yang terlalu mementingkan keuntungan sehingga kebajikan pekerja diabaikan.

Ada pernah seorang rakan saya mengadu cutinya dibekukan untuk setahun kerana dia baru bekerja di syarikat tersebut. Adakah ini sah berdasarkan undang-undang?

Banyak majikan yang tidak mengikut undang-undang dan terlalu menekan pekerja. Punca majikan makin menjadi-jadi apabila pekerja sendiri takut untuk menuntut hak. Majikan semakin berani.

Ada saya dengar kes, pekerja dipaksa bekerja tanpa gaji kerana sudah tandatangan perjanjian jika berhenti awal dan pekerja perlu bayar, jumlah hari bekerja kerana berhenti awal. Sebagai ganti, pekerja rela bekerja tanpa gaji.

Pekerja pula taat dan tidak tahu undang-undang. Maka, makin menjadi-jadilah majikan dan terus membuli pekerja.Tidak fikir, kita ada keluarga yang hendak disuap. Ada anak perlu bersekolah.

Secara ringkasnya, Seksyen 60E Akta Pekerja memperuntukkan cuti tahunan minimum bagi setiap pekerja seperti berikut :-

Seksyen 60E Akta Pekerja 1955

1) 8 hari bagi setiap 12 bulan bekerja bagi pekerja yang telah bekerja kurang dari dua tahun;

2) 12 hari bagi setiap 12 bulan bekerja bagi pekerja yang bekerja lebih daripada 2 tahun dan kurang dari 5 tahun;

3) 16 hari bagi setiap 12 bulan bekerja bagi pekerja yang lebih dari 5 tahun.

Sekiranya pekerja gagal bekerja bagi tempoh 12 bulan bagi tahun tersebut, pekerja hanya boleh mengikut purata bulan bekerja.

Ini hanya cuti minimum sahaja. Majikan boleh memberikan lebih daripada 8 hari, 12 hari atau 16 hari. Semuanya tertakluk pada budi bicara majikan.

Biar lebih cuti jangan kurang.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: