
Dek kerana sukakan perhatian di internet Lacey Spears telah membunuh anaknya iaitu Garnett Spears berusia 5 tahun.
Pada usia hanya beberapa bulan, Garnett telah dibawa ke hospital oleh ibunya. Sewaktu di hospital Lacey telah menaikkan gambar dan status anaknya yang sakit. Lacey kemudian mendapat sokongan melalui komen dan like dari komuniti facebook menyebabkan dia menjadi teruja.
Retetan dari kisah itu, Lacey seolah-olah hanyut dengan sokongan dan simpati yang ditunjukkan oleh komuniti internet. Lacey mula mencari alasan untuk mendapatkan perhatian dan sokongan yang didambakan.
Oleh itu, Lacey mula mencampurkan kandungan sodium (garam) yang tinggi dalam susu anaknya walaupun anaknya hanya berusia kurang dari setahun.

Garnett sering dibawa ke hospital sejak berusia dari usia kurang dari 1tahun sehingga umurnya meningkat 5 tahun. Garnett sering sakit dan diserang sawan. Malahan Garnett sentiasa makan melalui tiub ‘feeding bag’ Pihak hospital gagal mengesahkan penyakit yang dialami oleh Garnett.
Namun, pada 2014. Setelah Garnett diserang sawan dan disahkan otaknya mengalami ‘brain damaged’, pihak hospital telah memanggil polis untuk siasatan kerana hospital mendapati terdapat kadar sodium yang sangat tinggi dalam badan anak kecil tersebut.
Pada 23/1/2014 Garnett telah meninggal dunia. Hasil dari post-mortem mendapati badan Garnett mengandungi garam yang bersamaan dengan pek garam yang dihidangkan oleh 69 restoran!!! Tatkala Lacey sedang melayan ucapan takziah dan sokongan dari komuniti internet, polis terus membuat siasatan.
Hasil dari siasatan polis mendapati:
1. Lacey sering mengisi kandungan garam yang tinggi dalam tiub ‘feeding bag’ Garnett.
2. Lacey membuka 3 akaun Facebook yang berbeza iaitu akaun Lacey Spears, Laceybug Spears, Lacey E Spears dan mempunyai follower yang berlainan.
3. Terdapat video mesin EEG diwad Garnett yang menunjukkan Lacey telah mendukung Garnett kebilik air,kemudiam dia mengambil tiub dan masuk kebilik air. Kemudian mendukung keluar Garnett dari bilik air. Kemudian membaringkannya di atas katil. Lacey memerhatikan anaknya dan kemudian Garnett kelihatan meronta-ronta, menegangkan badannya kerana sawan dan memegang kepalanya. Sehingga kehari ini video ini kekal menjadi trauma kepada pegawai yang menyiasat kes ini.
4. Lacey adalah seorang ‘phatological liar’ iaitu mengalami masalah sering menipu.

Lacey telah ditangkap dan didakwa serta dipenjarakan selama 20 tahun.
Begitulah kegilaan internet sekiranya disalah gunakan. Semoga kisah ini menjadi iktibar agar kita tidak mengulangi perkara yang sama.
DISCLAIMER:
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.