Scream Murder

Siapa pernah menonton filem “Scream”?

Scream merupakan salah satu filem dengan genre “slasher film” iaitu filem yang berkonsepkan seorang pembunuh yang melakukan pembunuhan ke atas sekumpulan orang dengan menggunakan senjata tajam.

Siri pertama filem ini pertama kali ditayangkan pada tahun 1996 dengan tajuk Scream dan diikuti dengan Sream 2 (1997), Scream 3 (2000) dan Scream 4 (2011).

Filem ini diinspirasikan oleh kisah yang benar terjadi dan lebih dikenali ramai kerana menggunakan topeng watak fiksyen yang bernama “Ghostface”.

Mario Salvador Padilla

Pada Januari 1998, operator panggilan kecemasan telah menerima panggilan daripada Gina Castillo yang mengatakan bahawa dia telah ditikam oleh anak lelakinya iaitu Mario Salvador Padilla (16 tahun).

Mario turut dibantu oleh sepupunya iaitu Samuel Jeremias Ramirez (16 tahun).

Apa yang mengejutkan ialah pihak polis menyatakan bahawa kedua remaja itu dan seorang lagi rakan mereka merancang serangan tersebut setelah menonton filem “Scream” dan “Scream 2”.

Sebelum membunuh ibunya, Mario dan sepupunya cuba mendapatkan kostum topeng tersebut tetapi tidak mampu, jadi mereka hanya menarik baju ke atas kepala.

Mario telah menikam Gina dengan sebilah pisau tetapi Gina berjaya merampas pisau tersebut. Samuel kemudiannya mendapatkan pisau yang kedua namun berjaya dipatahkan oleh Gina.

Mario kemudiannya mendapatkan pisau ketiga sebelum menikam ibunya di bahagian tengkuk dan dada.

Help Me! dan I’m Dying.

Samuel Jeremias Ramirez

Itulah yang sempat dikatakan Gina sebelum Mario memasukkan kain ke dalam mulut ibunya. Mario kemudiannya melarikan diri bersama Samuel.

Mario telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan melakukan konspirasi untuk membunuh yang memberi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Sepupunya, Samuel Jeremias Ramirez yang juga bersubahat melakukan pembunuhan itu pula dikenakan hukuman 25 tahun penjara.

Walaupun undang-undang di California menetapkan bahawa umur dewasa adalah 18 tahun, kedua-dua remaja ini telah dibicarakan sebagai seorang dewasa.

Menurut temubual yang dilakukan bersama Mario, dia dan Samuel sebenarnya telah merancang untuk membunuh ibu dan juga bapa tirinya Pedro tiga ke empat minggu sebelum pembunuhan sebenar berlaku.

Dia juga turut merancang untuk mengambil duit yang disimpan oleh Gina dan Pedro untuk adik perempuannya.

Selain itu Mario juga mengaku bahawa sebelum melakukan pembunuhan itu, dia dan Samuel telah menggunakan Marijuana (Ganja).

Apabila ditanya apa perasaannya setelah melakukan pembunuhan itu, dia menjawab “Terrible, I felt like just killing myself too”.

Sebuah filem dapat memberikan kesan terhadap pemikiran seseorang itu. Disebabkan inilah, ibubapa perlu peka dengan apa yang ditonton oleh anak-anak terutamanya yang masih kecil. Di sini juga kita dapat lihat betapa buruknya kesan penggunaan dadah.

Walaupun ibu bapa boleh memberi kebebasan kepada anak-anak, adalah lebih baik sekiranya mereka dipantau untuk mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku tambahan lagi dengan lambakan video atau filem yang boleh ditonton tanpa mengira had umur.

DISCLAIMER:

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: