Apa boleh buat? Apa tak boleh buat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan? (COVID-19)

Semalam (18 Mac 2020) kerajaan sudah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Berdasarkan peraturan ini, anda boleh keluar sekiranya:

1. Hendak pergi tugas rasmi.
2. Hendak pergi kerja perkhidmatan perlu.
3. Pergi beli, bekalkan atau hantar makanan atau keperluan harian.
4.Pergi dapatkan rawatan kesihatan atau beli ubat.
5. Sebab-sebab khas yang dibenarkan Ketua Pengarah.

Apa perkhidmatan yang dibenarkan kerja? Iaitu perkhidmatan perlu. Tengok dalam gambar senarai jadual pertama.

Kalau bukan perkhidmatan perlu tetapi masih nak buka boleh pemilik premis mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Kalau ingkar. Apa dendanya?

Didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pun begitu, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, masih Akta Induk atau bahasa mudah faham Akta ‘bapa’.

Jadi kalau melakukan kesalahan dalam Akta ini, contoh menghalang tugasan polis, ingkar perintah masih boleh dipenjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali (bagi kesalahan pertama). Terpulang kepada pihak pendakwaan hendak buka pertuduhan dibawah kesalahan mana.

Garis panduan dah ada. Ikut saja.

DISCLAIMER:

Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: