Dua hari lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa Perintah Kawalan tidak melibatkan mereka.

Namun demikian tengahari tadi (19 Mac 2020), dilaporkan oleh Astro Awani, Menteri Pertahanan berkata kerajaan mungkin akan menggunakan khidmat ATM untuk memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan ini. Kata beliau, setakat hari pertama hanya 60% rakyat Malaysia sahaja yang mematuhi perintah ini.

Katanya setakat semalam telah ada 504 sekatan jalan raya oleh polis. Setakat hari ini kata beliau, pihak polis telah bertindak secara berhemah secara memberikan nasihat dan menegur dan sekiranya masih tidak patuh polis akan mengambil tindakan lebih TEGAS.

Sebenarnya terdapat Seskyen dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membenarkan pegawai yang dilantik menggunakan KEKERASAN. Saya percaya selagi mana kita mengikut arahan, tiada keperluan bagi KEKERASAN.

Jadi saya rumuskan dalam bahasa mudah, beginilah kata Menteri Pertahanan sejak hari pertama orang kita degil, ramai yang tak patuh arahan. Kalau masih berdegil tindakan tegas akan diambil.

Kalau masih degil, perkhidmatan ATM akan digunakan seperti mana kerajaan telah melantik dan memberi kuasa kepada PDRM dan RELA selaras dengan Seksyen 3, Akta 342. Bayangkan, dah macam ‘War Zone’ nanti jadinya sebab kedegilan sesetengah pihak. Tentera di mana-mana.

Selaras dengan Seksyen 2, kebiasaannya pegawai yang diberikuasa ini adalah dari kalangan Pegawai Kesihatan, inspektor kesihatan, atau Menteri ada kuasa lantik mana-mana pegawai di bawah seksyen 3. Macam sekarang, yang telah dilantik adalah PDRM dan RELA.

Apa kuasa-kuasa dan TINDAKAN TEGAS PDRM, RELA atau ATM (kalau dilantik), selaras dengan Akta?

a) Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu pemeriksaan kenderaan itu-S.7.

b) Mengarahkan kita untuk diasingkan jika dijangkiti DAN DISYAKI dijangkiti -S.14.

c) Mengarahkan orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit menajalani pegawasan sehingga dia boleh dilepaskan Seksyen-S.15 (1).

d) Diberi kuasa untuk MENGGUNAKAN KEKERASAN yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi -S.15(2).

e) Diberi kuasa untuk menutup premis dan membasmi kuman-S.18

Jadi disebabkan kerana ketidakpatuhan segelintir orang-orang kita, bagaimana hendak kita salahkan kerajaan jika selepas ini mereka terpaksa menggunakan kekerasan. Amaran telah pun diberi, garis panduan telah pun dibagi, cuma tinggal kita hendak ikut sahaja.

Sama-samalah kita memudahkan jalan masing-masing, jangan nanti ada perutusan yang ke-3 oleh Perdana Menteri hendak berikuasa pada ATM dan ‘total lockdown’.

Waktu kerajaan memutuskan untuk Perintah Kawalan dan bukan ‘total lockdown’, saya percaya mereka telah memberi kepercayaan yang amat tinggi bahawa kita rakyat yang bertamadun dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi.

Sebarkan tulisan ini, supaya lebih ramai yang menurut perintah dan kalau mereka tak dengar kata, ada yang lain tolong melarang. Kalau ATM dilantik untuk menguruskan, ini bukan perkara main-main.

Update terkini: Setakat 19/3/2020- 900 positif Covid-19

DISCLAIMER:

Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: