
Berikut adalah rumusan oleh perutusan khas Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16/3/2020 jam 10 malam tadi:

Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 seluruh dunia. Seramai 6,443 orang telah meninggal dunia. Di Malaysia, setakat hari ini jumlah positif Covid-19 seramai 553 orang. Kerajaan akan mengambil langkah drastik bagi mencegah wabak ini.
1. Perintah Kawalan Pergerakan selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bermula 18/3/2020 sehingga 31/3/2020
2. Pertama, Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

3.Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
4.Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
5.Keempat, penutupan semua institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
6.Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta ; dan
7. Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.
Sebarang pertanyaan berhubung Perintah
Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
DISCLAIMER:
Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.