Kalau didenda atau disaman polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, adakah kita perlu bayar ‘on the spot’, sewaktu ditahan? (COVID-19)

Rupanya berita dikenakan saman RM300 semasa sekatan Jalan Raya dihadapan Balai Polis TTDI menghala Maybank adalah palsu.

Berita tersebut hanya menyatakan didenda, tidak dinyatakan bayar ‘on the spot’ atau apa tetapi saya hendak share untuk pengetahuan semua, sebab ramai yang tak tahu.

Kalau disaman atau dikeluarkan denda oleh pihak polis, tidak bayar ‘on the spot’ itu bukan prosedur yang betul bagi setiap kesalahan tetapi tetaplah kena bayar.

Sama ada boleh dikompaun atau tidak, kita pun tidak tahu bagaimana sebab ini perkara baru. Untuk mudah faham kompaun maksudnya tawaran harga denda yang lebih rendah jika bayar awal tetapi jangan bayar pada waktu sekatan jalan raya.

Dalam Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 membenarkan kesalahan dibawah Akta ini dikompaun tidak melebihi RM1000.

Setiap saman atau denda yang dikeluarkan sama caranya macam bayar kesalahan trafik, macam dibawah:

Langkah pertama saman dikeluarkan atau notis dikeluarkan.

Langkah kedua kalau ada kompaun, bayar segera atau kalau tidak ditawarkan kompaun, maka bayar denda. Kalau ada ditetapkan perlu hadir mahkamah perlu hadir dan bayar denda.

Begitulah prosedur biasa. Walaupun situasi ini baru, tetapi untuk mengadakan prosedur, lalu dan bayar segera memang lansung tidak munasabah.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: