Kalau tak pasti jangan kongsi, kalau salah kongsi boleh dipenjara maksimum 2 tahun atau denda.(COVID-19)

Kalau tak pasti jangan kongsi, kalau salah kongsi boleh dipenjara maksimum 2 tahun atau denda.

Kebelakangan ini banyak dikongsikan berita berkenaan Corona Virus. Kadangkala berita-berita ini menyebabkan kita tidak senang duduk dan jadi paranoid.

Miggu lepas, saya ada menonton video Corona Virus telah sampai di Hospital Selayang. Memandangkan firma kami berada di Gombak iaitu bersebelahan Selayang, saya sudah mula cuak.

Tapi kemudian dilaporkan bahawa video tersebut bukan tentang Corona Virus tetapi sebenarnya simulasi staf yang sedang berkursus dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masalahnya kadangkala kita ini tidak tahu hal sebenar tetapi main kongsi sahaja.

Kesalahan mengeluarkan atau menyebarkan khabar angina boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan penyebaran yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam. Boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Secara spesifiknya, di bawah seksyen ini memperuntukkan bahawa barang siapa MEMBUAT, MENERBITKAN, ATAU MENYEBARKAN sebarang PENYATAAN, KHABAR ANGIN ATAU LAPORAN dengan niat menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dihukum seperti di atas.

Minggu lepas dilaporkan oleh Berita Harian seorang pesara didenda RM5,000 atau 10 bulan penjara (jika gagal bayar) kerana menyebarkan melalui aplikasi Whatsapp kononnya seorang banduan meninggal dunia kerana Covid-19 di penjara Sabah.

Selain hukuman di bawah Kanun Keseksaan, anda juga boleh disabitkan di bawah Seksyen 237 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian internet yang boleh dihukum tidak melebihi RM 50 000 atau penjara tidak lebih dari setahun.

Tidak Pasti Jangan Kongsi.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: