
1.Boleh kami adakan kenduri atau hadir perkahwinan?
Jawapan cadangan: Tak boleh sebab ini dikira majlis sosial.
2. Kalau kami berniaga sebagai penjaja atau digerai, boleh kami terus berniaga waktu perintah ini?
Jawapan cadangan: Tak boleh. Walaupun kerajaan membenarkan perniagaan makanan beroperasi tetapi jenis yang mempunyai lesen, berpremis, mengikut standard operasi sebuah perniagaan kedai makanan yang diluluskan dan BUKAN SEMUA PERNIAGAAN MAKAN DIBENARKAN.
3. Kalau kami curi- curi pergi juga kerja sedangkan kami bukan jenis perkhidmatan berkepentingan, apa akan berlaku?
Jawapan cadangan: Ini dikira ingkar perintah. Jika diarahkan pulang masih berdegil ini dikira bersalah dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
4. Kalau majikan paksa kami datang berkerja dan kami bukan sektor berkepentingan ini?
Jawapan cadangan: Majikan bersalah dan boleh didenda bawah Seksyen 24. Laporkan tentang majikan.
5. Boleh atau tidak majikan tidak membayar gaji dalam tempoh 2 minggu sekatan?

Jawapan cadangan: Berkenaan isu ini, ada yang kata tidak boleh dengan merujuk beberapa Seksyen dan ada yang kata boleh. Bagi syarikat besar yang mempunyai dana, jawapan ini sesuai. Seksyen undang-undang itu jelas dan nyata.
Tetapi bagi syarikat kecil dan bergantung kepada jualan harian untuk ‘survive’, penggunaan Seksyen ini seolah-olah membunuh mereka. Andaikan perniagaan ini tidak mampu membayar gaji. Duit sendiri tak ada, hendak bayar.
Macam saya terangkan dalam artikel terdahulu, mereka masih memerlukan majikan boleh menggunakan pembelaan Force Majeure (FM) iaitu keadaan luar kawal akibat dari wabak penyakit. Selalunya FM ini disebabkab oleh ‘Act of God’. Pun begitu majikan perlu buktikan mereka telah guna sehabis cara untuk cuba membayar gaji tetapi masih tak mampu.
Mungkin juga majikan yang perniagaan kecil ini akan diberikan kelonggaran. Keadaan sedang terdesak, Bank Rakyat telah mengumumkan menawarkan penangguhan sementara pembiayaan pelanggannya yang menghadapi isu kewangan akibat Covid-19, diikuti dengan Maybank. Kita ikut logik.
Logiknya bank pun ada hak untuk saman jika gagal bayar hutang tetapi terpaksa bagi kelonggaran. Semua sedang terdesak sekarang. Perlu beri sedikit kelonggaran. Ini bukan keadaan biasa-biasa.
Kalau selepas wabak COVID-19 ini selesai anda ingin menuntut dari majikan kerana tidak bayar gaji. Cubalah tetapi jika mereka masih tidak mampu bayar dan tuntutan dibenarkan tetapi perlu ingat juga impaknya, perniagaan kecil ini. Selepas habis setakat masih juga tidak hasil, berhutang gaji lagi. Boleh tutup.
DISCLAIMER:
Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.