Cara Memohon Bantuan prihatin nasional 2020 bagi golongan B40 dan M40. (COVID-19)

Pada 27 Mac 2020 lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif Bantuan Prihatin Basional (BPN) 2020 bagi golongan B40 dan M40. Pemohon-pemohon boleh memohon di bawah kategori seperti berikut:

  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  • Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

1. Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau

2. Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN.

3. Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN.

Kaedah pembayaran bagi kategori M40 pula seperti berikut:

1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah.

3. Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: http://www.hasil.gov.my

2) Bantuan Sara Hidup (BSH): https://bsh.hasil.gov.my

3) Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.treasury.gov.my

Permohonan baru telah dibuka bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Semua pemohon diharapkan dapat bersabar sekiranya laman web tidak dapat dibuka kerana pengguna yang terlalu ramai pada satu-satu masa.

Cara-cara untuk membuat permohonan baru ialah:

  1. Pergi ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di link di bawah dan tekan butang Bantuan Prihatin Nasional.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan.
  • Sekiranya anda adalah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau telah berdaftar dengan LHDNM, semakan menggunakan kad pengenalan ini akan memaparkan status permohonan anda. Contohnya, LULUS. Maka, anda tidak perlu lagi membuat permohonan.
  • Jika tidak pernah memohon BSH dan tidak berdaftar dengan LHDNM, semakan ini akan menunjukkan “Tiada Rekod” dan anda boleh membuat Permohonan Baru.
  1. Tekan butang Permohonan Baru dan isi maklumat yang diminta. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Alamat tempat tinggal
  • Alamat email
  • Nombor telefon bimbit
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah (pemohon & pasangan)
  • Maklumat Waris
  • Nama dan nombor akaun bank
  1. Bagi permohonan isi rumah, anda akan turut diminta untuk memberikan maklumat berkenaan anak-anak.

Sila pastikan kesemua maklumat adalah tepat.

  1. Setelah maklumat di isi anda akan diminta untuk membuat Pengesahan Maklumat dan tekan butang ‘Hantar’. Tekan Ya untuk pendaftaran akaun BPN.
  1. Bagi melihat status permohonan, anda boleh membuat pendaftaran akaun di sini.
  • Anda akan diminta untuk memasukkan ‘kata kunci keselamatan’ pilihan anda dan lima soalan bagi tujuan keselamatan akaun.
  • Anda juga akan diminta memasukkan ‘kata laluan’. Sila pastikan kata laluan ini mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara dan mempunyai huruf besar, nombor dan simbol. Contohnya: Qwertya10@

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian Kewangan:

Nombor telefon :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Waktu Operasi : 9 pagi–5 petang (Ahad – Jumaat)

E-mel :

  • bsh@treasury.gov.my
  • pre2020@treasury.gov.my

Telegram :

Facebook

LHDNM:

Nombor telefon :

  • 1-800 882 747
  • 03-8911 1000

Waktu operasi : 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat)

%d bloggers like this: