The Girl in the Box

Bolehkah anda bayangkan jika anda dikurung selama 23 jam sehari di dalam sebuah kotak? Bagaimana jika anda perlu melalui perkara ini selama 7 tahun lamanya?

Pada tahun 1977, Colleen Stan (20 tahun) bercadang untuk pergi ke satu parti harijadi rakannya di utara California dengan menumpang salah satu kenderaan yang lalu lalang di kawasan rumahnya (hitchhike).

Sebagai seorang “hitchhiker” yang berpengalaman, dia perlu memilih kenderaan dengan pemandu yang boleh dipercayai, jadi dia membiarkan saja dua buah kenderaan yang melepasinya tanpa menahan mereka sehinggalah satu van berwarna biru datang.

Terdapat seorang lelaki (Cameron Hooker) dan isterinya (Janice Hooker) bersama bayi mereka di dalam van tersebut jadi dia berasa yakin untuk menumpang van tersebut kerana mereka berkeluarga.

Dalam perjalanan, mereka singgah di sebuah stesen minyak di mana Colleen seolah-olah mendapat gerak hati yang menyuruh dia lari dari situ. Walau bagaimanapun, dia mengabaikan gerak hatinya dan kembali ke dalam van tersebut sebelum meneruskan perjalanan.

Apabila sampai di satu tempat yang agak sunyi Cameron bertindak meletakkan pisau di leher Colleen sebelum memasukkan kepala Colleen di dalam sebuah kotak kayu dan menguncinya.

Setelah diculik Colleen telah diseksa dan dikurung di dalam sebuah kotak bersaiz seperti keranda selama 23 jam sehari sehinggalah dia diberikan kontrak untuk ditandatangani yang mana dia mempersetujui dirinya dijadikan hamba pada tahun 1978.

Colleen yang berada di dalam kotak kayu, disimpan di bawah katil pasangan Hooker. Apa yang dapat dilihat semasa berada dalam kotak itu hanyalah sekeping gambar seorang wanita. Satu lubang ditebuk bagi tujuan Colleen bernafas.

Sebelum penculikan itu berlaku, Cameron dan isterinya Janice sebenarnya telah menyetujui bahawa jika Janice inginkan anak, Cameron boleh mendapatkan seorang hamba dengan syarat, Cameron tidak melakukan “penetrative sex” terhadap hambanya.

Menurut Colleen, setiap hari Cameron memberitahu bahawa di sedang diperhatikan oleh sebuah organisasi bernama “ The Company” yang akan menyeksa dan dan membahayakan keluarganya jika Colleen cuba untuk melarikan diri.

Colleen mempercayai apa yang dikatakan oleh Cameron dan kesannya, dia benar-benar bersikap seperti seorang hamba kepada Cameron dan Janice.

Sebagai seorang hamba, Colleen yang sekarang dipanggil “K” dipaksa untuk memanggil Cameron “Master” dan Janice “Mam” dan tidak dibenarkan bercakap tanpa kebenaran.

Bagi memastikan yang dia tidak melanggar persetujuan dengan isterinya, Cameron pada mulanya merogol Colleen secara oral dan menggunakan alatan jika dia melakukannya “vaginally” atau “anally”.

Colleen dilihat mematuhi segala arahan dari ‘tuannya’, dia dibenarkan untuk keluar dari kotak kayunya dan melakukan aktiviti seperti berjogging, melakukan kerja di kawasan laman dan menjaga anak-anak pasangan Hooker.

Walaupun mempunyai peluang untuk melarikan diri, Colleen tidak melakukan apa-apa kerana masih takutkan “The Company”.

Pada tahun 1981, Colleen dibenarkan untuk pulang ke rumah keluarganya tetapi tidak mendedahkan apa yang berlaku.

Dia turut memperkenalkan Cameron sebagai teman lelakinya selain bergambar dengan Cameron dengan senyuman gembira.

Kegembiraan Colleen apabila dapat berjumpa keluarganya tidak lama apabila Cameron kembali mengurung Colleen di dalam kotak kayu di bawah katilnya selama 23 jam dalam tempoh tiga tahun seterusnya.

Sepanjang tempoh berada di dalam kotak, Colleen akan menggunakan “bed pan” yang diposisikan menggunakan kakinya jika mahu ke tandas.

Apabila anak-anak Hooker tidur pada waktu malam, Colleen akan dibawa keluar dari kotak untuk diberi makan dan diseksa. Dia juga tidak dibenarkan sama-sekali untuk mengeluarkan suara.

Sukar untuk dibayangkan bagaimana seksanya Colleen apabila dia hanya terbaring di dalam kotak yang sempit dan gelap dengan bekalan oksigen yang sedikit untuk bernafas selama 23 jam setiap hari.

Setelah beberapa lama, Colleen kembali dibenarkan keluar dari kotak dan mula bekerja sebagai seorang pembantu di sebuah motel. Cameron pula mula menyatakan hasratnya kepada Janice (isterinya) untuk mengambil Colleen sebagai isteri kedua.

Disebabkan inilah Janice memberitahu Colleen bahawa Cameron bukanlah sebahagian organisasi “The Company” yang Colleen takutkan selama ini dan membantu Colleen untuk melarikan diri. Colleen kemudiannya pulang ke rumah keluarganya dengan menaiki bas dan menelefon Cameron untuk mengatakan dia akan meninggalkannya.

Tiga bulan kemudian, Janice melaporkan Cameron kepada pihak polis. Menurut Janice, dia juga sebenarnya adalah salah seorang mangsa Cameron yang telah diseksa dan dipanggil pelacur selama bertahun-tahun.

Dia meneruskan perkahwinan mereka dengan meyakinkan dirinya bahawa semuanya baik. Dia juga melaporkan bahawa ada seorang lagi mangsa Cameron iaitu Marie Elizabeth Spannhake, mangsa yang pertama.

Marie telah diculik, diseksa dan dibunuh oleh Cameron namun tiada dakwaan dibuat kerana kekurangan bukti dan tiada mayat ditemui. Gambar wanita yang dilihat Colleen semasa dia berada di dalam kotak sebenarnya adalah gambar Marie.

Cameron didakwa pada tahun 1985 dan dijatuhi hukuman selama 104 tahun bagi kesalahan serangan seksual dan menculik.

Janice menjadi saksi dalam perbicaraan itu untuk mendapatkan imuniti penuh. Permohonan parol Cameron ditolak sehinggalah pendengaran semula pada tahun 2030 nanti.

Pelik bukan? bagaimana Colleen tidak melarikan diri walaupun mempunyai peluang. Stockholm Syndrome. Itulah yang dialami Colleen, iaitu perasaan suka kepada penculiknya setelah beberapa lama terpenjara walaupun dia terseksa.

Colleen telah menulis 26 surat cinta kepada Cameron semasa Cameron berada dalam tahanan. Walaupun Colleen seolah-olah rela bersama Cameron, mindanya telah dipengaruhi oleh situasi yang berlaku dan dia tidak dapat berfikir dengan waras.

Ada juga istilah “Gaslighting” iaitu perbuatan memanipulasi psikologi seseorang sehingga menyebabkan seseorang itu mulai meragui memori, persepsi atau pemikiran mereka sendiri.

Kesannya, emosi dan tahap keyakinan orang itu akan semakin menurun. Selalunya dilakukan untuk mengawal seseorang. Bezanya, perbuatan ini boleh juga dilakukan dalam kehidupan harian biasa dan bukan disebabkan keadaan dimana seseorang itu diseksa.

DISCLAIMER:

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: