
“ Takkan bapa saja yang kena, mak tak kena?”, soalan ini ditanyakan kepada saya selepas membaca berita, bapa kejam sembur racun untuk diamkan anak berusia 2 bulan.
Tak cukup dengan itu, bapa kejam ini turut melambung anaknya.Saya baca dalam laporan berita, langsung tidak dinyatakan si ibu pergi membuat laporan polis. Hal ini hanya diketahui selepas doktor di Bahagian Ibu dan Anak di Klinik Kesihatan Arau membuat laporan polis. Bukan si ibu membuat laporan polis.
Selepas disoal siasat polis baru ibu mengaku, suaminya sembur racun serangga pada muka baby dan mencederakan. Jujurnya saya benci baca kisah si ibu yang tak ambil tindakan apabila anak diperlakukan oleh suami. Kenapa? Sebab sayang suami? Sebab takut?
Itu anak kau. Tanggungjawab kau pertahankan dan untuk lindungi dia. Jangan jadi lemah dan bodoh sebab suami kejam macam ini. Bayi baru berusia 2 bulan apalah yang dia tahu, hanya menangis, tidur, minum susu, kencing dan berak. Itu sahaja.
Bagi kes ini, saya harap si ibu juga turut didakwa dibawah Seksyen 31(1)(a). Sama seperti bapa kejam ini. Biar jadi pengajaran pada ibu seperti ini. Yang jenis mengabaikan atau mendedahkan bayi malang ini sehingga menyebabkan dan membenarkan dia dianiaya, kesalahan ini selaras dengan Seksyen 31(1)(a).
Hukumannya denda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali. Semoga bayi ini sentiasa dilindungi. Amin.
DISCLAIMER:
Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.