
Semalam 24 Jun 2020, Page Fuad Rahman TV ada berkongsi tentang seorang pembaca meter air yang cedera akibat diterkam anjing.
Akibatnya, 5 jahitan diterima. Menurut post tersebut, kejadian berlaku di Flat DBKL Seri Pangkor. Ada yang tanya, dalam flat boleh bela anjing ke?
Sama ada boleh atau tidak membela haiwan peliharaan seperti anjing sebenarnya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pihak pengurusan flat yang diduduki.
Mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing ( Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ) ( Pindaan ) 2011.
Mengikut Undang-undang kecil ini, Datuk Bandar boleh membenarkan seekor anjing kecil dipelihara, dilindungi atau disenggara di suatu flat. Jadi kena rujuk dalam jadual undang-undang kecil ini apa kategori anjing kecil.
Kalau bukan jatuh bawah kategori anjing kecil, jadi perlu rujuk kepada UUK-3, yang memperuntukkan:
“Tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing tanpa dilesenkan. Jadi boleh bela, tapi perlu mohon lesen dahulu”.

Dan bukan semua jenis baka anjing boleh dibela. Boleh rujuk laman web DBKL untuk maklumat jenis baka anjing yang dibenarkan.
Anjing peliharaan itu juga tak boleh menimbulkan sebarang masalah atau mewujudkan gangguan tidak munasabah.
Contohnya, menyebabkan kecederaan, membuat bunyi bising dan tidak boleh dibiarkan berkeliaran keluar dari tempat ia dipelihara tanpa pengawasan.
Pemilik kena pastikan yang anjing mereka tidak agresif. Kalau kita diserang oleh anjing peliharaan ini, boleh buat laporan kepada pihak DBKL untuk diambil tindakan.
DISCLAIMER:
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.