Kereta yang tersadai, apa boleh buat?

Siapa pernah ternampak kereta tersadai ditepi jalan? Bila lalu di jalan yang sama setiap hari, tak pernah pula nampak pemilik kereta tersebut. Tak pernah bergerak hinggalah menjadi buruk.

Bukan saja mencacatkan pemandangan, kadangkala turut menghalang laluan atau parkir awam. Bukan itu saja, kereta tersadai ini juga menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Membiarkan kereta tersadai ini sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Jadi, jika anda nampak kereta begini, anda boleh laporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diambil tindakan. Contohnya, pihak Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Bagi kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, boleh buat aduan di Pejabat Cawangan DBKL atau hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian bebas tol 1 800 88 3255. Pihak DBKL akan keluarkan notis selama seminggu, supaya pemilik ada masa untuk alihkan kenderaan mereka.

Kalau masih juga tidak dialihkan dalam tempoh sebulan, barulah kereta ini akan ditunda dan dibawa ke depoh simpanan untuk dilupuskan.

Kalau ada yang nak tuntut semula, boleh. Tetapi perlulah bayar caj yang dikenakan. Kadar kompaun adalah RM 100 dan ada juga caj simpanan kereta yang dikira mengikut hari. Boleh rujuk di laman web DBKL.

Bagi yang secara sukarela mahu lupuskan, maka tiada caj akan dikenakan. Jadi daripada anda biarkan kereta hingga menjadi buruk, lebih baik anda sukarela melupuskan kereta tersebut.

Oleh Admin.

DISCLAIMER:

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: