Locked Up in Malaysia’s Lockdown (Al-Jazeera)

“They are not murderers. They are not criminals . They are just undocumented” kata Rayhan Kabir ketika ditemubual oleh Al-Jazeera dalam satu dokumentari.

Ditahan, dipenjarakan kerana tidak ada dokumentasi adalah seperti yang diperuntukkan undang-undang. Mana-mana negara di dunia ini pun, ada undang-undang terhadap pendatang tanpa izin. Jadi jangan guna perkataan “Just undocumented”.

Akta Imigresen 1959/63 memperuntukkan dibawah sekyen 6 (3), masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah. Boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali DAN sebatan tidak lebih 6 kali.

Begitu juga dengan kesalahan masuk secara salah atau tamat tempoh pas masuk di bawah Seksyen 15, Akta yang sama. Denda dan hukuman yang sama tetapi tiada hukuman sebatan.

Al-Jazeera GAGAL untuk menceritakan tentang kesalahan undang-undang mereka dan betapa undang-undang sebuah negara adalah kedaulatan negara untuk memastikan keamanan kekal.

Undang-undang ini sedia ada dan lihat betapa seriusnya hukuman bagi kesalahan ini? Bukan Malaysia sahaja tegas tentang isu ini. Lihat sahaja di USA, isu berkenaan ‘green card’ oleh USA. Yang menjadi isu dari semasa ke semasa.

Green card adalah Permanent Resident Card yang diisukan kepada warga asing di USA, merupakan keistimewaan menjadi penduduk tetap. Untuk mendapat kad ini, sehingga ada kes yang berkahwin dengan warga negara USA secara olok-olok.

Malahan, mereka akan disiasat dan diambil tindakan sekiranya didapati kad tersebut diperolehi secara tipu daya. Begitu juga visa di mana-mana negara, sekiranya ada memiliki visa lawatan/kunjungan atau bercuti, anda hanya boleh melawat untuk tempoh tertentu sahaja.

Begitulah tegas undang-undang disemua negara untuk memastikan negara isu lambakan pendatang tanpa izin terkawal. Belum lagi masuk isu impak atau kes-kes jenayah yang berlaku akibat lambakan pendatang tanpa izin. Jadi jangan guna perkataan “Just undocumented”.

Berdasarkan laporan dokumentari tersebut. Malaysia ada 2.2 juta pekerja warga asing dan 4 juta yang “undocumented”. Kini Malaysia ada 32 juta penduduk bayangkan betapa ramainya lambakan warga asing ini.

Walaupun kita ada undang-undang dibawah Akta Imigresen, mereka masih ramai. Bayangkan jika tiada undang-undang ini. Bayangkan jika penguatkuasa menutup mata dalam melaksanakan undang-undang ini.

Dalam dokumentari ini, seorang lelaki Bangladesh yang sudah 20 tahun menetap di Malaysia dan kini mempunyai perniaagaanya sendiri turut ditemubual. Kalau di sekitar Chow Kit, ibu kota memang ramai Bangladesh sudah memiliki perniagaan sendiri dan mengajikan pekerja.

Untunglah mereka, kerajaan Malaysia benarkan ada perniagaan sendiri dan boleh jadi majikan walaupun bukan warganegara.

AL-JAZEERA gagal maklumkan yang ramai warga asing walaupun beberapa tahun duduk di Malaysia tetapi boleh jadi majikan.

Benarlah kata peguam yang dirujuk Rayhan dalam dokumentari. Ada tidak percubaan kawannya yang ditahan pergi mengadukan kepada Jabatan Tenaga Kerja berkenaan kegagalan majikan untuk perbaharui permit kerja? Kalau sembang saja, tiada bukti. Tidak cukup.

Bila Rayhan ingin melawat rakannya. Kata peguam, kami peguam juga tidak boleh lawat kerana perintah kawalan ini, bukan dia sahaja.

Tetapi sikap degil, Rayhan masih memandu kereta dan duduk dihadapan pagar menanti rakannya itu. Gambaran scene ini seperti cerita Hindi yang ditambah pula dengan elemen dramatik. Saya rasakan mengada-gada dan cuba menagih simpati.

Kemudian Rayhan kata ini adalah “Racism”. Ini yang saya nak marah. Kenapa apabila kerajaan mengambil tindakan selaras dengan undang-undang, ianya dikira sebagai “racism”.

Di negara kita ini bukan sahaja kesalahan ini, semua kesalahan pun bakal ditangkap, didakwa dan dihukum. Tidak kiralah rogol, bunuh, senjata api. Dan kenapa bila kerajaan ambil tindakan dibawah Akta Imigresen dikatakan rasis? Entah apa-apa. Sejenis manusia yang tahu hendak cari salah sahaja.

Berita tidak tepat Al-Jazeera, mereka gagal memaklumkan bahawa sewaktu PKP ini, Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 telah diperkuat kuasakan. Peraturan-peraturan dibawah Akta ini sebagai garis panduan lengkap juga telah diwartakan.

Akta ini telah memberikan kuasa kepada polis dan tentera. Bukan sahaja Pati terkesan. Kita semua turut terkesan.

Ramai rakyat Malaysia yang ditangkap dan didakwa kerana ingkar. Contohnya doktor pakar jantung yang jogging, lelaki BBQ kepala kambing, wanita maki polis, remaja maki polis. Azwan Ali pun didakwa dan didenda sehingga belasan ribu dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Warga negara Malaysia semuanya didakwa ikut kesalahan dan Akta. Malahan Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Perak juga di dakwa, anak Zahid Hamidi juga dibawa ke mahkamah kerana mengingkari PKP.

Semua pun tidak terlepas, jadi kenapa dalam dokumentari digambarkan seolah-seolah tekanan undang-undang hanya diberikan kepada warga asing ini sahaja.

Kemudian digambarkan makanan tidak cukup, pekerjaan terjejas terhadap warganegara asing ini. Seolah-olah negara kita ini begitu kejam. Hanya difokuskan kepada warga asing sahaja.

Al-Jazeera GAGAL maklumkan bukan sahaja warga asing. Semua terkesan. Warganegara Malaysia juga terkesan. Sehinggakan ada kes yang saya tahu berikan anak mereka yang baru beberapa bulan susu pekat manis yang dicairkan bersama air kerana tidak mampu membeli susu.

Ramai warganegara Malaysia yang susah. Ramai yang tidak cukup makan. Malahan haiwan jalanan tidak cukup makan. Ramai manusia berhati emas seperti Ustaz Ebit Lew, kumpulan Dana kita, individu-individu persendirian, NGO-NGO berganding bahu bersama Jabatan Kebajikan memberikan makanan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.

Saya tidak setuju kepada kekejaman. Tiada manusia yang boleh dilayan dengan kejam. Dalam situasi waktu PKP ini, saya rasakan semuanya berdasarkan undang-undang.

Kenapa dokumentari ini, begitu bersikap berat sebelah? Seolah-olah dengan sengaja memberikan buruk, mengajak kearah melabel Malaysia sebagai negara yang rasis.

Dokumentari ini memang sengaja mereka-reka keburukan kita, sedangkan Ketua Pengarah Kesihatan kita diangkat 3 terbaik dunia. Sedangkan usaha melawan Covid-19 kita dipuji dunia. Sedangkan frontliners kita tidak kiralah doktor, jururawat, askar, polis, MKN, Rela dan lain-lain telah berhabis tenaga dan usaha untuk menanganinya.

Saya sudah dislike video ini disaluran You Tube sebagai tanda tidak setuju.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: