Penggunaan pengimbas suhu yang tidak didaftarkan kepada KKM, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam laporan oleh Berita Harian, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata “Jangan beli daripada penjual tidak sah dan pastikan alat pengimbas mempunyai pengesahan Sirim Berhad (Sirim) bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.”

Pengimbas suhu yang sah perlu mempunyai nombor pendaftaran Medical Device Authority Malaysia (MDA) yang diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Orang ramai boleh membuat carian di laman web MDA untuk memastikan sama ada alat pengimbas suhu yang mereka beli mempunyai kelulusan MDA atau tidak di link ini. Carian boleh dibuat berdasarkan nombor pendaftaran pada alat pengimbas suhu ataupun nama poduk tersebut.

Oleh itu, selain kelulusan MDA, cara yang lebih mudah untuk menentukan sama ada pengimbas suhu memenuhi piawaian yang sepatutnya adalah dengan memeriksa pengesahan SIRIM.

Walaupun pengguna boleh memeriksa sendiri kelulusan pengimbas suhu, harus diingatkan bahawa pihak pengeluar peranti perubatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan peranti perubatan yang mereka keluarkan berkualiti dan menepati piawaian yang ditetapkan serta mendapat kelulusan daripada MDA.

Penggunaan peranti perubatan yang tidak berdaftar dengan KKM boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 15 Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) yang menyatakan:

(1) Tiada establismen boleh mengimport, mengeskport atau meletakkan dalam pasaran apa-apa peranti perubatan yang didaftarkan melainkan jika establismen itu memegang suatu lesen establismen yang diberikan di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana establismen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Jika ada sesiapa yang mendapati bahawa suhu yang diambil di premis yang ingin dimasuki adalah tidak tepat, mereka boleh membuat aduan kepada pihak KKM.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kedai atau pembekal menjual alat pengimbas tidak berkualiti pula, mereka boleh membuat laporan kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan.

DISCLAIMER:

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: