Bagaimana Cara Menghadapi Penipuan Kemalangan?

Biasa kita dengar kes-kes mangsa ditipu kononnya dilanggar. Mangsa dipaksa membayar ganti rugi kercederaan dan kadangkala akan diugut secara berterusan dalam telefon.

Kes-kes ini berlaku kepada sahabat saya. Kejadian ini berlaku sewaktu dia ke pejabat di jalan TAR. Tiba-tiba seorang lelaki menunggang motosikal memaksanya berhentikan kereta. Lelaki itu menyuruh dia menghentikan keretanya di bahu jalan.

Tanpa berfikir panjang sahabat saya berhenti. Dia membuka sedikit sahaja tingkap keretanya.

“Awak dah langgar saya. Tangan saya cedera. Saya tak nak panjangkan cerita. Awak bayar sajalah ganti rugi. Saya hendak ke klinik”.

Sahabat saya bekeras dia langsung tidak melanggar lelaki itu kerana dia tidak rasa sebarang gegaran atau geseran kemalangan. Sambil terus bising-bising lelaki itu terus memaksa kawan saya membuat bayaran untuk dia ke klinik.

Kemudian kawan saya mengajaknya untuk menyelesaikan kes ini di balai polis. Lelaki itu terus berkeras tidak perlu memanjangkan cerita kerana hal ini kecil. Kemudian kawan saya berkeras untuk ke balai polis trafik. Lelaki itu terus beredar kerana rancangannya tidak berjaya.

Percayalah dalam sepuluh kali percubaan lelaki ini pasti akan ada yang terkena. Jadi kalau kita menghadapi situasi ini terutama bagi golongan wanita yang sentiasa menjadi mangsa bagi kes begini. Apa yang perlu kita lakukan ?

1. Jangan panik. Kenalpasti nombor plat kenderaan yang cuba menyuruh kita berhenti dan jenis kenderaan seperti model, warna dan lain-lain. Informasi begini penting sekiranya situasi ini menjadi lebih buruk.

2. Elakkan berhenti ditepi jalan kerana ini hanya akan memberi peluang untuk dia terus menekan anda. Sekiranya berlaku paksaan seperti berterusan diekori. Pandu sehingga balai polis berdekatan.

4.  Sekiranya tiba-tiba anda terlalu panik sehingga berhenti di tepi jalan tolong jangan buka tingkap kereta anda. Pernah berlaku dahulu sewaktu konfrontasi antara sahabat saya dengan pelanggar kunci keretanya ditarik dari tempat start enjin kereta.

5.  Jangan beri apa apa wang. Kerana masih belum diputuskan oleh pihak polis siapa yang bersalah, tambahan settlement luar adalah tidak sah di sisi undang-undang.

6.  Sekiranya kenderaan anda di sekat atau di block oleh pemangsa sila hubungi pihak polis, ahli keluarga atau kawan kawan yang boleh membantu. Kadangkala pemangsa sering mengunakan teknik buli untuk memeras ugut mendapatkan wang.

Seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya, sekiranya berlaku kemalangan anda perlu memberhentikan kenderaan anda. Namun demikian dalam situasi begini anda yakin tidak berlaku pelanggaran dan bimbang akan keselamatan diri. Jadi mengambil kira situasi ini adalah munasabah untuk anda mengambil langkah langkah di atas.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet . Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: