Cara Kiraan Had Masa Caj Faedah Hutang Bank/Pemberipinjam Wang Berlesen

Berdasarkan undang-undang faedah adalah terhenti:

  1. Sekiranya bank/pemberipinjam mendapatkan penghakiman/perintah mahkamah untuk arahan bayar balik. Selepas tempoh 6 tahun dari tarikh perintah tersebut, faedah adalah terhenti –Akta Had Masa 1953, Seksyen 6(3)
  2. Sekiranya seseorang telah diisytiharkan muflis.

Contohnya:

Osman berhutang kredit kad sebanyak RM20,000.00 dan setiap bulan Osman perlu membayar jumlah yang terhutang beserta faedah dan penalti kelewatan (jika lewat).

Jumlah ini terus berjalan sehingga penyelesaian penuh. Sekiranya Osman gagal membuat bayaran penuh walaupun telah 10 tahun berlalu, Osman masih menanggung kos faedah serta penalti kelewatan (jika lewat) walaupun Osman telah membatalkan kreditnya.

Jika bank telah menyaman Osman di mahkamah kerana Osman berhutang kredit kad dan penghakiman/perintah membayar telah dimasukkan pada 1.1.2020 maka faedah tersebut akan terhenti selepas tempoh 6 tahun dari tarikh perintah iaitu pada 1.1.2026. Melainkan Osman telah dibankrapkan lebih awal dari tarikh tersebut.

Lagi lama tempoh jangka masa hutang seperti pinjaman rumah maka lebih lamalah nilai caj faedah. Dikira dalam tempoh tahun hutang + tahun pengingkaran gagal bayar + 6 tahun dari tarikh penghakiman.

Rancang hutang dengan bijak. Elakkan terlewat bayar. Masalah akan bermula bila kita pula terlepas bayaran sebulan dua, tambah pula berbulan-bulan. Sebab itu kita rasakan nilai hutang seolah-olah tidak habis dek kerana faedah yang berbunga-bunga.

Jangan tambah liabiliti tidak perlu seperti pinjaman kad kredit atau apa-apa.

DISCLAIMER:

Tulisan ini di tulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: