Kaedah-kaedah Pengeluaran Inisiatif Pengeluaran Akaun 2 KWSP sewaktu COVID-19.

Kerajaan telah mengumumkan inisitif pengeluaran caruman akaun 2 KWSP bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 yang melanda.

Pengeluaran ini terhad sebanyak RM 500 sebulan selama tempoh 12 bulan iaitu sehingga Mac 2021. Permohonan untuk membuat pengeluaran i-Lestari ini akan bermula pada 1 April 2020.

Hanya melibatkan, Akaun 2 yang sebelum ini MEMANG BOLEH dikeluarkan secara sebahagian atau sepenuhnya bagi tujuan tertentu yang saya kongsikan diruang komen.

Syarat-Syarat Ringkas:-

1. Pengeluaran tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2.

2. Hanya membabitkan pencarum-pencarum Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap yang berusia 55 tahun ke bawah sahaja.

3. Pemohon akan mula menerima bayaran pengeluaran ke akaun masing-masing bermula Mei 2020.

Tulisan ini bukanlah muktamad hanya membantu bagi persediaan permohonan, supaya tidak buat kerja ‘last minute’. Ramai yang mungkin memohon. Jadi elok kita sudah bersiap sedia dengan dokumen.

Pihak KWSP akan membuat pengumuman TERKINI terbaru berkaitan prosedur pelaksanaan.

Setakat hari ini, tidaklah dinyatakan secara jelas dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini tetapi kalau pengeluaran Akaun 2 bagi tujuan sebelum ini biasanya, memerlukan dokumen seperti berikut:

1. Salinan MyKad;

2. Borang KWSP 3;

3. Maklumat berkenaan akaun simpanan/nombor akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun;

Dalam situasi ini dokumen yang nampak relevan sebagai tambahan adalah;

4. Butiran perbelanjaan sekeluarga,

5. Butiran tanggungan liabiliti keluarga. Contoh jumlah anak-anak, berapa bilangan bersekolah dll;
6. Dokumen sokongan seperti bukti surat potongan elaun gaji kerja atau apa sahaja yang menunjukkan anda terkesan.

Selalunya dokumen-dokumen ini perlu ada pengesahan atau cop ‘Salinan diakui sah’, ini kalau ikut praktis pengeluaran Akaun 2 terdahulu.

Pergilah minta Ketua Kampung, mana-mana pegawai atau peguam cop diakui sah dari dokumen asal. Kenapa syarat pengeluaran Akaun 2 ini ketat, sebabnya untuk mengelakkan pemalsuan pemohonan atau penipuan pemohonan.

Permohonan hanya dibuat SEKALI sahaja, tidak perlu mohon tiap-tiap bulan walaupun kita perlukan wang RM500 tersebut selama 12 bulan, tidak semestinya setiap pemohon berjaya dapat sehingga 12 bulan. Bergantung kepada jumlah simpanan yang ada dalam Akaun 2.

Cara-cara permohonan untuk i-Lestari oleh ahli-ahli KWSP:-

1. Secara online melalui i-Akaun (mulai 1 Mei 2020)- Kaedah yang disarankan oleh KWSP kerana lebih segera.

Proses melalui saluran ini adalah hanya memakan masa selama tiga hari. Anda perlu ada i-Akaun ini ya. Pendaftaran i-Akaun ini boleh dibuat di kiosk ataupun kaunter KWSP kerana pengesahan cap jari diperlukan.

2. Melalui email kepada ilestarimohon@epf.gov.my. (mulai 1 April 2020)

3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat: (mulai 1 April 2020) ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)

Proses melalui email dan pos pula memerlukan pengesahan yang lebih teliti untuk memastikan keselamatan akaun ahli terjamin, sebab itu secara i-Akaun lebih cepat. No. 2 dan 3 lebih lambat sebab hendak teliti kesahihan akaun, tidak mahu di scam.

Cara pengeluaran:

1. Terus dimasukkan dalam akaun. Tidak diberikan secara tunai di kaunter ya.

2. Dimasukkan secara berulangkali, tidak secara lump sum (sekaligus).

Namun, diingatkan bahawa cawangan KWSP di seluruh Malaysia ditutup mulai 18-31 Mac 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Jadi janganlah kalian hadir ke mana-mana cawangan, tiada siapa yang akan melayan. Nak tahu lanjut, sila hubungi:

E-mel : ilestari@epf.gov.my

Laman web : https://www.kwsp.gov.my/…/r…/connect-with-us/make-an-enquiry

Facebook : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Twitter : https://twitter.com/kwspmalaysia?lang=en

Talian tel. : Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: