
Musim PKP yang bermula 18 Mac yang lalu dan dilanjutkan ke 15 Mei sedikit sebanyak memberi kesan dan impak kepada segelintir pasangan yang telah berumahtangga terutamanya yang berdepan dengan konflik.
Bayangkan, jika berpoligami, suami tidak dapat pulang ke rumah isteri-isteri yang lain untuk menjalankan tanggungjawab menimbulkan tekanan kepada isteri yang terpaksa ditinggalkan apatah lagi hubungan sedia ada umpama ‘retak menanti belah’ sehingga membawa kepada perceraian.
Umum mengetahui dengan kemajuan teknologi ramai pasangan yang bermasalah terpalit dengan keretakan rumahtangga yang membawa kepada perceraian dalam pelbagai bentuk. Apabila amarah menguasai diri, maka pertelingkahan kecil membawa kepada perceraian sama ada melalui tulisan atau lafaz.

Dalam bentuk tulisan medium utama masa kini adalah melalui telefon dan media sosial. Namakan sahaja media sosial terkenal FB, IG, whatapss, Wechat, Twitter atau yang lebih tradisional seperti SMS sering digunakan pasangan untuk meluahkan perasaan amarah dan menceraikan pasangan tanpa segan silu.
Dalam tempoh PKP, apa yang boleh dibuat oleh isteri jika diceraikan melalui Tulisan seperti itu adalah bersegera membuat tangkapan skrin (screenshot) untuk menyatakan bentuk perkataan yang membawa kepada perceraian dan bagi tujuan pembuktian dan urusan pemfailan kes di Mahkamah apabila PKP tamat kelak.

Perlu diingat bahawa apa sahaja perkataan yang dibuat secara tulisan oleh suami yg menyatakan cerai secara jelas atau tidak jelas dianggap kiasan dan memerlukan suami hadir ke mahkamah utk mengesahkan maksud sebenar tulisan tersebut.
Isteri boleh memfailkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah syariah tempat puan bermastatutin berserta bukti-bukti berkaitan.

Keputusan mahkamah adalah berdasarkan kepada pengesahan yang dibuat oleh suami. Jika suami gagal hadir kemungkinan kes tidak disabitkan. Jika begitu, puan boleh memfailkan tuntutan fasakh atas alasan nafkah zahir isteri tidak diberi melebihi 3 bulan berturut-turut.
Si isteri atau si suami juga amat disarankan merujuk mana-mana peguam syarie swasta atau Jabatan Bantuan Guaman terdekat puan untuk khidmat nasihat. Pautan pada www.jbg.gov.my
Sekian, terima kasih.
DISCLAIMER:
Tulisan ini ditulis oleh peguam Syafiah Sulaiman. Peguam dari Team Tanya Peguam Anda.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.