Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Apa Perlu Dilakukan?

PM kata bagi permohonan BPN yang tak diluluskan, sila rayu lagi. Tempoh rayuan sampai 31/5/2020. Rayuan boleh mula dibuat dari 11/5/2020.

Dapatkan penjelasan apa yang tak kena. Boleh email dan boleh pergi kaunter LHDN. Dapatkan kepastian. Kalau saya, jenis suka tanya depan-depan. Email mungkin ambil masa. Depan-depan ini senang hendak tanya macam-macam.

Saya hendak pesan, kalau hendak ke kaunter, janganlah melenggang. Bawalah siap-siap bukti atau dokumen yang relevan. Bayangkan orang ramai hendak beratur ikut penjarakan sosial, bukan main susah hendak sampai ke kaunter. Jadi siap sedia. Jangan ulang banyak-banyak kali datang sebab dokumen tak cukup.

1. Pastikan dah print out semua.

2. Kalau ada yang kata, gaji saya atau pendapatan tak sampai pun RM4000 tetapi tak dapat. Bawa semua bukti, slip gaji print out.

3. Kalau kita kata, anak kita ramai. Hendak tanggung beberapa orang. Bawalah salinan segala surat beranak dan Mykid.

Kalau kita kata ayah kita sudah tua, selalu ke hospital dan tinggal sekali dengan kita. Kita yang tanggung, bawalah surat hospital. Semua ini bukti.

4. Kalau ada SSM, bawa siap-siap bukti. Print out. Kalau ada bukti-bukti akaun yang menunjukkan memanglah perniagaan memang tak aktif. Bagus juga.

5. Pendek kata, bawalah dokumen apa-apa yang hendak menyokong hujah anda. Jangan simpan dalam telefon dan bila sampai giliran anda, anda tunjuk pada petugas melalui galeri telefon. Ini bukan nak pergi kaunter tiket wayang and boleh scan e-tiket dari telefon. Ini rayuan kita, kitalah yang kena beria-ia.

Usaha kena lebih sikit. Hendak buat rayuan. Bukti kena ada. Kata PM “Saya tak janji semua rayuan boleh diluluskan tetapi mana-mana rayuan yang munasabah dan memenuhi syarat. Insyallah boleh diluluskan”.

Jadi pastikan, rayuan anda munasabah. Munasabah kebiasaanya bermaksud relevan, bukan cakap-cakap kosong. Ada bukti. Kadang-kadang bila kita bercakap, mungkin orang rasa tak kita munasabah tetapi bila ada bukti, kuat hujah kita.

6. Rayuan banyak akan dibuat, jadi kita bantulah penjawat awam yang melayan kes kita dengan bawa dokumen-dokumen. Memudahkan kerja. Dokumen apa nak bawa, bergantung kepada kes kenapa permohonan anda ditolak.

7. Kalau penjawat awam yang melayan kita hendak daftarkan pendapatan tahunan kita misalnya bagi tujuan rayuan BPN ini, kan mudah. Dokumen semua ada berbanding banyak-banyak kali datang.

8. Tolong bawa pen. Nampak simple. Tapi ramai spesis yang tak bawa pen, dia nak salin atau tulis macam-macam. Lepas tu bila tak ada pen, minta pinjam di kaunter. Yang kaunter pula ramai berebut nak pakai. Tak ada di kaunter, minta pada orang lain di sana, padahal perlu penjarakan sosial dan barangan digalakkan untuk nyahkuman.

Pendek kata, bersedia. Orang yang bersedia dan penuh dengan persediaan ini selalunya urusannya lancar sahaja.

Saya adaptasikan praktis saya di mahkamah bagi satu permohonan, semuanya bila saya hujahkan, saya akan kemukakan bukti dan minta ditandakan dan direkodkan. Supaya mahkamah tahu hujah saya munasabah, bukan omong kosong.

Saya kongsi ini sebab saya tahu, ada tidak tahu apa hendak bawa. Bagaimana hendak rayu. Jadi buat persediaan. Simple pada kita mungkin sukar pada orang lain. Kalau perlu susun dan tag dokumen satu-satu, pun bagus.

Mungkin salinan tambahan diperlukan. Mana tahu, kalau di kaunter hendak simpan dokumen kita. Tak apalah, print out lebih sikit. Inikan dokumen peribadi kita, manalah tahu akan digunakan untuk tujuan lain kelak. Ada sistem fail ini bagus, dokumen tak bersepah, hendak guna teruk tarik dari fail. Tidak kalut mencari.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: