
Kalau ada yang terbaca cerita viral pasal seorang lelaki berhadapan dengan individu ‘cop parking’.
Begitulah eloknya, bila ada kesalahan undang-undang kita tegur dan pertahankan. Jangan kita maki-maki atau bergaduh.
Lelaki menulis dalam statusnya dia panggil pak guard dan minta mereka halau dan kalau enggan, pak guard akan memanggil polis.
Penting dan wajib kita ingat kesalahan cop parking bawah seksyen mana. Manalah tahu, masa minta tolong pak guard halaukan, mereka pun tidak tahu cop parking adalah kesalahan.
Jadi kita kena kelihatan pandai lebih sikit dengan memberitahu seksyen kesalahan dan maklumkan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman dan salah disisi undang-undang.
Kalau pak guard tidak ada sekeliling dan kita sendiri hendak maklumkan kepada tukang cop parking, jadi elok hafal kedua-dua seksyen ini.
Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang
Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan sesuatu kenderaan motor, dia melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan Am dan Penalti
Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Bagi sabitan/kesalahan pertama: Didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan.
Bagi sabitan/kesalahan kedua atau seterusnya: Didenda tidak melebihi RM4,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Jadi hafal kedua-dua seksyen ini dan maklumkan pada tukang cop parking yang mereka melakukan kesalahan.
Isu parking ini kalau tak kena gaya boleh jadi serius sampai bergaduh. Saya kongsi berita tentang lelaki yang mengendalikan isu cop parking.
DISCLAIMER:
Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.