
Jika seorang suami meninggal dunia, ada ibu kandung, seorang isteri, seorang anak lelaki, ada adik beradik kandung seibu sebapa maka, waris yang boleh menuntut hanyalah:
1. Ibu si mati 1/6
2. Isteri simati 1/8
3. Anak lelaki si mati ( baki harta) bahagian terbesar
Adik beradik lelaki si mati terhalang dengan adanya anak lelaki si mati. Adik beradik perempuan si mati juga terhalang untuk mendapat bahagian.
Ibu atau isteri boleh memfailkan permohonan faraid di mahkamah syariah dan selebihnya di urusan mahkamah sivil. Boleh rujuk Pejabat Pusaka Kecil (kecuali Sabah)
Jika ahli waris ada dibawah umur, maka penjaga ad litem selalunya ibu akan dilantik bagi menjaga bahagian anak tersebut sehingga berusia 18 tahun sebelum diserahkan haknya.
Waris-waris juga berhak melupuskan bahagian masing-masing untuk diberikan kepada sesama mereka jika mereka mahukan yang demikian kerana kiraan secara Faraid TIDAK WAJIB jika ada persetujuan dikalangan waris.
Wajib menyenaraikan aset-aset alih atau tak alih si mati DAN HUTANG si mati bagi memudahkan pembayaran sebelum pembahagian diantara waris dibuat. Pengetahuan mengenai faraid wajib dipelajari oleh muslimin dan muslimat.
Maka berlapang dada dan bertenang adalah lebih baik bagi ahli keluarga si mati yang lain dan bantulah urusan berkaitan sebaiknya. Moga diganjarkan Allah pahala dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
DISCLAIMER:
Tulisan ini ditulis oleh peguam Syafiah Sulaiman. Peguam dari Team Tanya Peguam Anda.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.