Md Rayhan Kabir, lelaki warganegara Bangladesh yang menimbulkan kemarahan majoriti rakyat Malaysia berjaya ditangkap.

Md Rayhan Kabir, lelaki warganegara Bangladesh yang menimbulkan kemarahan majoriti rakyat Malaysia telah pun ditangkap.

Saya pun turut tidak suka komen-komennya sewaktu dalam dokumentari tersebut. Berat sebelah. Sengaja diada-adakan dan dengan niat mendatangkan kemarahan serta salah faham kepada negara kita.

Berdasarkan kenyataan rasmi Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang turut dimuatnaik di laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia, dia akan diusir dari Malaysia dan disenaraihitamkan selama-lamanya.

Ini pendapat saya, mungkin perlu ada sidang media atau kenyataan media bertulis tentang seksyen atau Akta mana Rayhan ini akan disiasat akan disabitkan kesalahan.

Saya baca laporan Rayhan dikehendaki di bawah Akta Imigresen tetapi tidak dinyatakan secara terperinci Seksyen mana. Perlu beritahu secara terperinci di bawah Seksyen mana. Kalau mungkin Akta Hasutan atau apa sahaja jenis siasatan yang bakal dia hadapi.

Sebab kalau saya baca kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, seolah-olah- kita akan usir dia, jangan masuk Malaysia, kita senaraihitamkan dia sampai bila-bila.

Kurang jelas berkenaan dengan prosedur undang-undang yang bakal diambil. Kalau mungkin saya terlepas pandang berita, ada sebenarnya dimaklumkan, tolong beritahu saya.

Bukan apa, Rayhan ini pada pendapat saya jenis manusia bahaya. Suka mengajak ke arah kebencian. Terutama mengajak ke arah kebencian negara kita.

Saya baca tentang tentang dia menghantar kiriman Whatsapp kepada wartawan The Daily Star Bangladesh dengan berkata, “Saya tidak lakukan kesalahan jenayah. Saya tidak menipu.”

LINK: https://www.thedailystar.net/top-news/news/bangladeshi-al-jazeera-documentary-arrested-telling-truth-not-crime-1935781

Rayhan ini memang jenis perangai begini, semua dia tidak salah. Dia mangsa. Rakan dia mangsa. Malaysia yang jahat. Orang begini bahaya. Suka menghasut ke arah kebencian.

Duduk dalam Malaysia pun masih dia berani hendak berwhatsapp dengan wartawan dari Bangladesh menceritakan dia dimangsakan. Walhal dialah ‘culprit’ sebenarnya.

Bayangkan kalau dia balik ke negaranya, tanpa menjalani apa-apa proses undang-undang. Diusir tanpa perbicaraan. Agak-agak apa dia buat?

Habis dia pukul canang pasal Malaysia. Entah-entah, dipanggil lagi oleh Al-Jazeera untuk buat satu lagi temuramah tentang isu keadilannya. Bakal rosak sekali lagi nama Malaysia kerana si Rayhan ini. Ada yang sedang memerhati dan tunggu masa hendak hentam negara kita.

Orang bahaya begini perlu ada cara mengendalikannya. Takut jadi barah. Kita ajar dia tetapi cara yang ikut undang-undang. Siasat, tahan dia, bicarakan dan usir. Supaya tidak dituduhnya kita guna undang-undang ikut suka tetapi selaras dengan undang-undang. Kalian rasa macam mana?

Saya pun tidak sabar menanti sidang media dari Jabatan Imigresen. Apa-apapun tahniah Jabatan Imigresen kerana berjaya memberkas Rayhan dalam kadar yang segera.

DISCLAIMER:

Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.

Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.

%d bloggers like this: