Bolehkah Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali disaman kerana melanggar SOP kuarantin?

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bolehkah beliau disaman seperti penduduk Napoh yang menyaman pemula kluster Sivagangga?Banyak kali juga saya ditanyakan diruang komen dan dalam messenger berkenaan isu Datuk Dr Khairuddin ini. Sebelum saya menjawab berkenaan saman sivil seperti kes penduduk Napoh lawan Sivangangga, saya sentuh dahulu dari perspektif kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan …

Bendera dipasang secara terbalik. Apa undang-undang yang terlibat?

Kalau sudah dekat dengan tarikh kemerdekaan, semangat patriotism saya selalu memuncak. Mungkin kerana bila ke sana sini melihatkan bendera Malaysia di pasang di rumah-rumah, kenderaan dan bangunan-bangunan. Terasa semangat lebih.Bila hampir merdeka, kadang-kadang dalam kepala terngiang-ngiang “Tanggal 31 bulan lapan 57”. Nampak semangatnya tu!Kalau kau rasa sayangkan negara, memang rasa semangat tu ada. Tak kisahlah …

Syarikat Kurier disaman 1 Juta kerana kelewatan membuat penghantaran.

Kadang-kadang kita yang menjalankan perniagaan online akan membuat serahan barangan melalui khidmat kurier dan penghantaran secara pos. Banyak jugalah timbul rasa tidak puas hati dengan syarikat kurier tetapi ramai yang tidak teruskan dengan saman. Kali ini saya hendak kongsi kes di mahkamah yang menyaman syarikat kurier dengan tuntutan 1 juta kerana kelewatan syarikat kurier membuat …

Boleh atau tidak, MBSA beri notis dalam tempoh yang singkat untuk merobohkan struktur bangunan tanpa mendapat kebenaran PBT?

Ramai juga yang tag nama saya di ruang-ruang komen, tindakan MBSA memberikan notis dalam tempoh yang singkat untuk merobohkan struktur bangunan tanpa mendapat kebenaran PBT. Soalannya boleh atau tidak, notis dalam tempoh yang singkat? Bagi tindakan mendirikan sesuatu bangunan tanpa kebenaran PBT, adalah kesalahan di bawah Seksyen 70 (1), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 …

Apa itu Penghakiman Ingkar?

Saya lihat sudah menjadi trend sekarang, apabila mendapat Penghakiman Ingkar di mahkamah bagi kes saman fitnah diheboh-hebohkan kononnya mendapat jutaan ringgit. Begini, Penghakiman Ingkar ini adalah perintah/penghakiman yang diberikan oleh mahkamah kerana Defendan (yang disaman) gagal hadir. Bermakna dia tidak ke mahkamah untuk membela diri pun. Senang kata, Plaintif (yang menyaman) menang tanpa bertanding. Tetapi …

Kluster Sivagangga: Cadangan Hukuman Kepada Perebak Utama.

Saya memang menyampah, meluat dan marah bila baca tentang kluster-kluster yang disebabkan oleh sikap pentingkan diri sendiri. Bila baca tentang Kluster Sivagangga, lagilah bertambah sakit hatinya saya, semua punca akibat seorang lelaki yang pulang dari India yang ingkar kuarantin. Tambah sakit hati apabila KKM menyatakan kluster Sivagangga yang ada kaitan dengan genom Covid-19, yang dikenal …

Boleh atau tidak kita menyaman kerajaan atau badan tertentu kerana kesalahan anggotanya menerima rasuah?

Boleh atau tidak kita menyaman kerajaan atau badan tertentu kerana kesalahan anggotanya menerima rasuah? Soalan ini ada dalam ruang komen saya. Ini berkaitan dengan isu Hot Burger. Ada yang bertanya, kalau benar, ada anggota yang tutup mata, boleh atau tidak hendak saman? Sebelum saya jawab soalan ini, saya hendak kongsikan satu kes legend yang telah …

Denda maksimum RM1 JUTA bagi pembocor maklumat yang diperolehi dalam tugasan dan fungsi kerja.-Seksyen 203A Kanun Keseksaan

Denda maksimum RM1 JUTA bagi pembocor maklumat yang diperolehi dalam tugasan dan fungsi kerja. Saya memang suka perbincangan ilmu. Sama-sama kita kongsi dan sama-sama kita beri pendapat. Atas kebenaran dari pemilik akaun saya kongsi pertanyaannya disini dan mari kita sembang tentang isu ini. Seksyen dan Akta Undang-undang ada banyak sekali di Malaysia ini, jadi kalau …

Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil?

Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil? Jujur saya katakan, saya sendiri takut menghadapi kesan sebagai pemberi maklumat. Manalah tahu ada yang mengugut, yang dendam dan mencari masa untuk membalas balik. Saya faham perasaan apabila kita kena tetapi orang lain tidak. Misalnya, waktu sekatan jalan raya, kita ditahan kerana tiada …

Adakah pemberi maklumat di Malaysia ini ada undang-undang yang melindungi?

Kita semua pun jadi tertanya-tanya berkenaan kes Abang burger, apa kedudukan pemberi maklumat. Kes ini mungkin menjadi contoh kepada yang lain tentang isu sejauh mana pemberi maklumat dilindungi. Semua hendak tahu. Di Malaysia kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (AKTA 711). Nama pun Akta perlindungan dan memang jelas di bawah Akta ini banyak, seksyen …