Adakah keterangan seorang kanak-kanak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah? -#justiceforbella

#justiceforbella Adakah keterangan seorang kanak-kanak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah? Berdasarkan maksud kanak-kanak selaras dengan Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak adalah mereka berusia di bawah 18 tahun. Bella berusia 13 tahun dan juga Bella adalah seorang kanak-kanak Sindrom Down. Berdasarkan video Bella ditemui yang apabila, ditanya siapa yang mencederakannya? Bella mampu menjawab bahawa …

Kesalahan Mengantung Bendera Putih?

Kesalahan mengantung bendera putih? Benarkah ianya merupakan kesalahan menaikkan bendera putih bagi menandakan sesebuah keluarga itu memerlukan bantuan? Kebelakangan ini, beberapa individu atau keluarga yang terkesan dari segi kewangan oleh perlaksanaan PKP dan juga penularan Covid-19 telah menggunakan inisiatif menaikkan bendera putih. Sebagai lambang bahawa mereka memerlukan bantuan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari masyarakat sekeliling. …

Istilah ‘bunga’ bagi merujuk kepada kemaluan. Adakah istilah seperti begini diterima mahkamah?

Posting saya, berkenaan kanak-kanak yang dicabul oleh sepupunya. Dalam kes ini kanak-kanak ini menggunakan istilah ‘bunga’ bagi merujuk kepada kemaluannya. Persoalan, adakah istilah seperti bunga begini diterima di mahkamah sebagai satu pembuktian berlakunya kes jenayah seksual? Pastinya penggunaan istilah ini berbeza mengikut ibu bapa. Rata-rata di zaman moden ini ramai ibu bapa menggunakan istilah sebenar …

Kes cabul kanak-kanak: Tolong ajar anak-anak bersuara & mempertahankan hak mereka sejak dari kecil.

Tolong ajar anak-anak bersuara dan mengadu dan ajar mereka mempertahankan hak sejak dari usia kecil. Saya terbaca laporan berita tentang seorang kanak-kanak 7 tahun yang dicabul oleh suami pengasuh. Kejadian berlaku sejak Januari jadi baru diadukan pada ibunya. Saya rujuk kepada kes Ahmad Hafizal bin Darusalam lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 830, yang dilaporkan di …

Sekiranya suami mula hilang kewarasan, apa tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh isteri?

Saya ada ditanyakan soalan ini dalam ruangan komen tulisan saya berkaitan kes di Kota Tinggi , suami yang menembak isteri sewaktu tidur dan mayatnya ditanamkan. Pernah satu waktu dahulu, saya dihubungi oleh seorang wanita yang sangat terdesak memerlukan bantuan kerana suaminya yang panas baran dan kebelakangan itu, suaminya sudah mula memukul dan mengasari. Dia tunjukkan …

Lawak Rogol & Kisah Chee Gaik Yap

Beberapa hari ini, masih berlegar-legar lagi isu berkenaan dengan lawak rogol. Saya mahu berkongsi tentang satu kisah rogol yang sejak saya terbaca, sukar hendak saya padamkan dari minda walaupun telah bertahun-tahun lamanya terjadi. Sangat menyayat hati, barangkali kerana masih terbayang-bayang bagaimana kecewanya, wajah bapa mendiang Chee Gaik Yap selepas mendapat tahu perogol dan pembunuh anaknya …

Kalau ada orang guna gambar kita untuk buat sticker whatsapp yang mengaibkan. Boleh ambil tindakan?

Tadi saya terima soalan whatsapp katanya “Bagaimana sekiranya ada orang yang menggunakan gambar kita untuk membuat sticker whatsapp yang mengaibkan. Boleh ambil tindakan sivil atau tidak?” Kalau sticker bergurau senda, berbentuk lucu atau pun yang lain baca, mereka rasakan comel, cute dan langsung tidak mengaibkan. Pada pandangan saya tidak apa-apa. Contohnya muka saya dinaikkan dengan …

Amalan ‘spotcheck’ pelajar datang bulan di sekolah.

Menjawab kepada persoalan ini, Mufti Pulau Pinang, Pakar dari Fakulti Perubatan UKM serta NGO yang memberikan komen tidak bersetuju dan menyatakan bahawa praktis ini salah dan tidak wajar. Saya setuju dengan pendapat mereka. Hairannya, ada juga yang membela amalan ini dalam ruangan komen kerana ada yang berpendapat bahawa dapat mendidik dan mencegah pelajar dari berbohong …

Isu Nilai 3 Terletak Di Negeri Selangor

Seperti yang dilaporkan pihak polis kini membuka kertas siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook (FB), mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor, semalam (23 Mei 2021). Laporan lanjut, di link. Saya membaca ‘jenaka’ Nilai-Selangor ini sejak semalam. Secara peribadi, saya tidaklah menganggap serius kerana menganggap hanya gurauan. Jenaka, gurauan, parodi ini diekspresi dengan pelbagai …