Tadi saya terima soalan whatsapp katanya
“Bagaimana sekiranya ada orang yang menggunakan gambar kita untuk membuat sticker whatsapp yang mengaibkan. Boleh ambil tindakan sivil atau tidak?”
Kalau sticker bergurau senda, berbentuk lucu atau pun yang lain baca, mereka rasakan comel, cute dan langsung tidak mengaibkan. Pada pandangan saya tidak apa-apa.
Contohnya muka saya dinaikkan dengan jari telunjuk dan perkataan sticker “I see you in court”. Diambil pula gambar saya terpaling cantik dan bergaya. Wah! Ini mungkin tak mengapa.

Bagaimana pula jika sticker yang dinaikkan itu separuh muka kita dan badan ditukarkan kepada cimpanzi atau pun digantikan dengan khinzir. Ini adalah keterlaluan dan merupakan penghinaan dan menyamakan kita dengan haiwan.
Bagaimana pula jika diambil pula gambar kita ditukarkan dengan separa gambar kita, separa gambar di edit separuh bogel. Ini keterlaluan, menghina, palsu, jelik dan sumbang. Kurang ajar dan keterlaluan.
Cadangan saya, buat laporan polis dan juga buat laporan kepada Suruhanjaya dan Komunikasi dan Multimedia. Ini adalah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Saman? Kita saman je. Apakah ujian yang digunakan di mahkamah untuk memutuskan kes fitnah?
Dalam kes Syed Husin Ali v Syarikat Perchetakan Utusan Melayu Berhad & Anor [1973] dan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub v Bre Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 393, mahkamah berpendapat bahawa kecederungan menjatuhkan reputasi seseorang sahaja sudah cukup dan niat pemfitnah adalah tidak penting.
Maknanya jika kita pakai kepada pendapat mahkamah yang ini, perbuatan yang hendak menjatuhkan reputasi itu sudah boleh disaman.
Jadi, kalau hendak bergurau pun dengan membahan menggunakan gambar orang untuk dijadikan sticker. Agak-agaklah ya. Jangan main ikut suka je. Nanti kerana 1 sticker dengan niat melawak, ke mahkamah nanti.
Contoh gambar dibawah yang kiri ini walaupun diubah dan ditambah, saya rasakan tiada apa-apa yang mengaibkan. Yang kanan ini keterlaluan. Janganlah begitu.
DISCLAIMER:
Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.