Pemandu Dalam Kes Basikal Lajak Dilepaskan. Contoh Kes Lain Bagaimana Mahkamah Membuat Keputusan.

Bagi pendakwaan di mahkamah, banyak perkara yang memainkan peranan. Dari peringkat penyiasatan, pendakwaan, keterangan dan hujahan sangat penting bagi mahkamah membuat keputusan. Saya terbaca berbeza pendapat berkenaan dengan keputusan, seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 remaja menaiki basikal lajak, empat tahun lalu. Bagi kesalahan ini adalah …

Kerana Tidak Membenarkan Mandi Di Kolam, Pengawal Keselamatan Diserang.

Di messenger ada yang minta saya beri pandangan berkenaan kes pengawal keselamatan meninggal dunia selepas diserang, ditolak dengan meja dan dihempaskan kepalanya ke lantai. Saya tonton berulang kali video CCTV yang viral itu. Ada dua sudut kedudukan CCTV yang berbeza. Video sudut CCTV 1, kelihatan suspek seperti ada pertikaian dengan pengawal keselamatan (mangsa). Daripada laporan …

Seksyen 499 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah-Ebit Lew, Caprice & Nadir

Kalau dulu, jarang-jarang hendak membaca laporan berita bahawa polis meneruskan siasatan kes di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah.Ada tetapi tidak banyak, jarang-jarang kita baca dan dengar. Kalau saya buat bacaan dan kajian dalam Current Law Journal, kes yang dilaporkan dibawah Seksyen 499 KK dan boleh dihukum dibawah Seksyen 500 KK, sangat kurang …

Kesalahan Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan Atau Pendedahan Terhadap Kanak-kanak-Seksyen 31 Akta Kanak-kanak

Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan mana-mana kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan terhadap kanak-kanak. Dakwaan kes terhadap tertuduh, dibawah Seksyen 31(1)(a) iaitu ini pernah mengemparkan negara kita beberapa tahun yang lalu. Apabila mayat seorang bayi kanak-kanak lelaki berusia 5 bulan, ditemui dimasukkan dalam peti ais di rumah pengasuh, dalam beg kain berwarna …

Remaja Disamun Hingga Terpaksa Dipotong Tangan-Seksyen 394 Kanun Keseksaan

Kasihannya nasib remaja yang disamun dan tangan terpaksa dipotong sehingga ke paras bahu. Bayangkan, usia semuda itu. Masa hadapannya dirampas oleh manusia-manusia kejam. Tangan ini, adalah aset tubuh badan yang sangat penting dan utama dalam kehidupan manusia. Saya berharap sangat perompak-perompak ini ditangkap segera. Malang memang tidak berbau. Tiada siapa yang akan menyangka bahawa akan …

Jika berlaku kematian yang diyakini bukan akibat punca-punca semulajadi. Adakah undang-undang yang membolehkan kematian itu disiasat?

Sekiranya berlaku kematian dan kita yakini bahawa kematian tidak berlaku akibat punca-punca semulajadi. Adakah undang-undang yang membolehkan kematian itu disiasat? Saya pernah mewakili seorang ibu yang kematian anaknya dan si ibu yakin anaknya tidak meninggal dunia secara semulajadi. Selepas berlaku kematian, tiada siasatan lanjut tetapi dinyatakan punca kematian. Firma kami hantarkan surat mendapatkan status terkini …

Kanak-kanak berusia 22 bulan iaitu Zaid Harith terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam

Dua hari lepas (13 September 2021), dilaporkan seorang kanak-kanak berusia 22 bulan iaitu Zaid Harith terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam. Adik Zaid dilaporkan mengalami pendarahan dalaman pada otak dan ditidurkan bagi mengelakkan Adik Zaid mengalami kecederaan lebih serius. Seperti yang dilaporkan dalam berita Astro Awani, ‘Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) …

Sajat Ditahan, Mendapat Perlindungan Di Bawah UNHCR

Tadi kawan saya Whatsapp, dia berikan link berita Harian Metro ‘Sajat sudah ditahan’. “Kau cuba buat tulisan ni, mesti ramai nak tahu”. Saya suka apabila kawan-kawan berkongsi isu-isu semasa. Selain saya berkongsi, saya sempat buat sedikit ‘research’ sebagai menambah ilmu untuk diri sendiri juga. Topik-topik begini tidak selalu menarik minat kita. Tidak sempat habis melayan …

Gangguan Seksual

Minggu lepas ada seorang sahabat hubungi saya tetapi waktu itu saya sedang sibuk. Saya balas melalui WhatsApp, nanti saya hubungi semula. Tulisnya, kalau sempat hubungi semula kerana tentang kes gangguan seksual. Malam sedikit, saya buka WhatsApp, dia ucapkan terima kasih dan minta maaf menganggu tadi, katanya kes telah selesai. Dia cuba dapatkan nasihat dari kenalannya …

Pemilik Sebenar Nombor Telefon Siri Squid Game Diganggu, Apa Hak Kita Jika Perkara Sama Berlaku?

Dilaporkan oleh media nombor yang dipaparkan dalam ‘name card’ filem Squid Game itu adalah kepunyaan seorang individu. Turut juga dilaporkan oleh Utusan Malaysia bahawa panggilan telefon diterimanya dari peminat filem Squid Game begitu banyak sehingga menyebabkan telefon beliau mati kerana kehabisan bateri. Dia juga berkata dia perlu memadam lebih 4,000 nombor. Bagaimana jika situasi ini …