
Jika berlaku kes yang begini? Boleh saman atau tidak? Boleh.
Bagi kes kecuaian sehingga menyebabkan kematian ahli keluarga boleh menuntut selaras dengan Seksyen 7 Akta Sivil 1956 (Akta 67). Bagi kes yang tidak melibatkan kematian tetapi kecederaan, ganti rugi boleh dibuat bagi kecederaan yang dialami. Tuntutan perlu dibuat kepada siapa?
Kepada pihak yang bertanggungjawab misalnya syarikat ‘Fun Fair’. Tertakluk kepada kes jika melibatkan pihak lain juga yang bertanggungjawab. Berapa nilaian yang boleh dituntut? Tidak ada satu nilai tetap, berbeza mengikut fakta kes. Sekiranya kematian, ganti rugi yang boleh dituntut adalah ganti hilang tanggungan, ganti rugi teruk, ganti rugi am, ganti rugi kesedihan atau ‘bearevement’ dan ganti rugi kos pengebumian.
Ada formula kiraanya selaras dengan Seksyen 7 Akta Sivil tertakluk kepada bukti berapa jumlah si mati menyumbang kepada keluarga, berapa umur si mati. Ada cara kiraannya dan kadangkala boleh menjadi puluhan ribu, ratusan ribu ringgit. Jarang-jarang jutaan ribu ringgit. Kes kecuaian begini pernah berlaku pada tahun 1997, apabila sepasang suami isteri menaiki roller coaster di sebuah Taman Tema.
Si isteri tercampak dari roller coaster.Sewaktu kejadian, si isteri menyedari bahawa tali pinggang keselamatan longgar dan “safety handrail’ tidak berkunci. Si isteri memaklumkan kepada suami tentang hal ini dan si suami meminta agar isteri memegang erat besi di hadapan mereka. Sewaktu melalui selekoh tajam dengan kelajuan yang maksima, kedua-dua mereka terlompat dari ‘carriage’, namun demikian si suami sempat memegang erat besi manakala si isteri telah terlepas genggamannya dan tercampak lalu jatuh di atas lantai.
Si isteri meninggal dunia. Adalah diputuskan bahawa si suami dan 2 orang anaknya mendapat ganti rugi sebanyak RM131,300 bagi gantirugi kehilangan tanggungan, ganti rugi nervous shock, ganti rugi kos kehilangan perbelanjaan tambahan anak-anak kerana ibu meninggal, ganti rugi kesedihan atau ‘bearevement’ dan ganti rugi kos pengebumian. Dicampurkan semua dan mendapat nilai yang ini- laporan kes [2001] 4 CLJ 599
Kejadian begini memang tanpa kita duga. Kadangkala kegembiraan yang berakhir dengan tragedi.
DISCLAIMER:
Tulisan ini ditulis oleh peguam Nor Zabetha seorang peguam Sivil dan Jenayah yang beramal di Malaysia.
Gambar-gambar dalam artikel ini diperoleh dari carian di internet. Penulis memberikan kredit kepada pemilik gambar-gambar tersebut dan pemilik tidak mempunyai hak cipta bagi gambar-gambar tersebut.