Curi tabung masjid dan dimandikan ‘jenazah’ sebagai pengajaran.

Curi itu salah. Salah mengikut hukum agama dan salah dari segi undang-undang. Remaja ini telah pun dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda sebanyak RM4,000. Jika tidak mampu bayar denda, dia bakal dipenjara selama 5 bulan lagi. Apa sahaja sebab dan punca perbuatan mencuri, curi masih salah. Kita semua tahu dan faham bahawa curi itu …

Boleh saman tidak pemusnah rumah tangga ini?

Saya ada dirujuk oleh suami atau isteri yang dicurangi seperti kes viral beberapa hari ini. Setiap kali luahan mereka adalah pengkhianatan dan penipuan. Setiap kali melihat pasangan yang mencurangi mereka, walaupun cuba dipadamkan, walaupun telah memaafkan tetaplah perasaan redha dan melupakan tidak akan hadir. Memaafkan boleh tetapi tidak melupakan. Dua perkara yang berbeza. Ada yang …

Kalau marah dan mengamuk begini. Apa penyelesaiannya?

Dua tiga kali saya ulang video ini. Saya fikir apa yang dia cuba buktikan? Saya bayangkan situasi berbeza. Andai kata, dia ingin berikan duit. Cakap elok-elok. Kemudian, masa tingkap dinaikkan dia ketuk-ketuk sambil beri teguran bahawa tingkap hampir menyepit jarinya. Kemudian tingkap itu berhenti diturunkan. Dia senyum pada anak-anak dan dia lambai dan beredar. Andai …

Buli Pelajar

Saya bersyukur siasatan diteruskan bagi kes buli pelajar di sekolah asrama walaupun mereka telah merayu kepada mangsa jangan diteruskan dengan laporan polis. Terkejut saya masing-masing sebenarnya berusia 13 tahun. Baru tingkatan 1. Bukan tidak mahu memikirkan tentang masa hadapan pelaku-pelaku ini tetapi akibat ini berlaku kerana perbuatan mereka sendiri. Berani buat, beranilah terima akibatnya. Mereka …

Marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi menahan kenderaan awam dari melepasi lampu hijau dan membenarkan kumpulannya melanggar lampu isyarat merah.

Jalan raya milik bersama. Saya juga tidak gemar jika ada aktiviti berbasikal atau motor kuasa yang tidak mematuhi keselamatan jalan raya dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Kalau lampu merah kita patuhi, berhenti. Kalau laluan lampu hijau dan jika kita bukan polis, jangan memandai-mandai hendak menyekat laluan orang secara menahan untuk membenarkan konvoi kita …

Kes Usahawan Dibuang Dari Syarikat Sendiri, Apa Tindakan Boleh Diambil? – Akta Keganasan Rumah Tangga 1194

Kes Nuramirah dan Elazman ini, banyak berlaku dalam masyarakat kita. Cuma bezanya pada pasangan lain mereka ini bukan ‘public figure’, jadi kita tidak dengar. Penting untuk kita tahu tentang undang-undang yang berkaitan isu begini. Kalau tidak terjadi kepada diri sendiri, mungkin juga kepada kawan-kawan atau ahli keluarga. Jadi kita boleh nasihatkan. Kes mengeluarkan nama isteri …

Jika Berlaku Kemalangan, Bolehkah Tuntut Gantirugi Daripada Pihak Bertanggungjawab Seperti Penyelenggara Lebuhraya & Majlis Perbandaran ?

Hal ehwal atas jalan raya, tidak boleh dibuat main kerana seringkali melibatkan tubuh badan dan nyawa. Hatta satu objek kecil sekalipun boleh menjadi penyebab yang meragut nyawa. Sebab itu sangat penting untuk pihak kontraktor atau majlis perbandaran yang terlibat mengambil langkah wajar. Satu tanda isyarat “Awas kerja-kerja sedang dijalankan” dapat menyelamatkan nyawa dan juga mangsa …

Hukuman Penjara 6 Tahun Pengasuh Adam Rayqal Dikekalkan – Sebab Kenapa Kes Tidak Didakwa Dibawah Seksyen 302 KK.

Minggu lepas diputuskan bahawa hukuman penjara 6 tahun dikekalkan terhadap bekas pengasuh Adik Adam Rayqal. Kes ini pernah menjadi tumpuan satu ketika dahulu. Majoriti orang awam memberi pendapat bahawa kes ini perlu didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh. Pendapat dan praktis di mahkamah sudah tentu berbeza. Saya ada menulis tentang perbezaan …

2 Lelaki Terjatuh Dari Buaian “Fun Fair”. Jika Berlaku Kecuaian, Boleh Saman Atau Tidak ?

Jika berlaku kes yang begini? Boleh saman atau tidak? Boleh. Bagi kes kecuaian sehingga menyebabkan kematian ahli keluarga boleh menuntut selaras dengan Seksyen 7 Akta Sivil 1956 (Akta 67). Bagi kes yang tidak melibatkan kematian tetapi kecederaan, ganti rugi boleh dibuat bagi kecederaan yang dialami. Tuntutan perlu dibuat kepada siapa? Kepada pihak yang bertanggungjawab misalnya …

Pemandu Dalam Kes Basikal Lajak Dilepaskan. Contoh Kes Lain Bagaimana Mahkamah Membuat Keputusan.

Bagi pendakwaan di mahkamah, banyak perkara yang memainkan peranan. Dari peringkat penyiasatan, pendakwaan, keterangan dan hujahan sangat penting bagi mahkamah membuat keputusan. Saya terbaca berbeza pendapat berkenaan dengan keputusan, seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 remaja menaiki basikal lajak, empat tahun lalu. Bagi kesalahan ini adalah …