Syarikat Kurier disaman 1 Juta kerana kelewatan membuat penghantaran.

Kadang-kadang kita yang menjalankan perniagaan online akan membuat serahan barangan melalui khidmat kurier dan penghantaran secara pos. Banyak jugalah timbul rasa tidak puas hati dengan syarikat kurier tetapi ramai yang tidak teruskan dengan saman. Kali ini saya hendak kongsi kes di mahkamah yang menyaman syarikat kurier dengan tuntutan 1 juta kerana kelewatan syarikat kurier membuat …

Boleh atau tidak, MBSA beri notis dalam tempoh yang singkat untuk merobohkan struktur bangunan tanpa mendapat kebenaran PBT?

Ramai juga yang tag nama saya di ruang-ruang komen, tindakan MBSA memberikan notis dalam tempoh yang singkat untuk merobohkan struktur bangunan tanpa mendapat kebenaran PBT. Soalannya boleh atau tidak, notis dalam tempoh yang singkat? Bagi tindakan mendirikan sesuatu bangunan tanpa kebenaran PBT, adalah kesalahan di bawah Seksyen 70 (1), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 …

Apa itu Penghakiman Ingkar?

Saya lihat sudah menjadi trend sekarang, apabila mendapat Penghakiman Ingkar di mahkamah bagi kes saman fitnah diheboh-hebohkan kononnya mendapat jutaan ringgit. Begini, Penghakiman Ingkar ini adalah perintah/penghakiman yang diberikan oleh mahkamah kerana Defendan (yang disaman) gagal hadir. Bermakna dia tidak ke mahkamah untuk membela diri pun. Senang kata, Plaintif (yang menyaman) menang tanpa bertanding. Tetapi …

Kluster Sivagangga: Cadangan Hukuman Kepada Perebak Utama.

Saya memang menyampah, meluat dan marah bila baca tentang kluster-kluster yang disebabkan oleh sikap pentingkan diri sendiri. Bila baca tentang Kluster Sivagangga, lagilah bertambah sakit hatinya saya, semua punca akibat seorang lelaki yang pulang dari India yang ingkar kuarantin. Tambah sakit hati apabila KKM menyatakan kluster Sivagangga yang ada kaitan dengan genom Covid-19, yang dikenal …

Boleh atau tidak kita menyaman kerajaan atau badan tertentu kerana kesalahan anggotanya menerima rasuah?

Boleh atau tidak kita menyaman kerajaan atau badan tertentu kerana kesalahan anggotanya menerima rasuah? Soalan ini ada dalam ruang komen saya. Ini berkaitan dengan isu Hot Burger. Ada yang bertanya, kalau benar, ada anggota yang tutup mata, boleh atau tidak hendak saman? Sebelum saya jawab soalan ini, saya hendak kongsikan satu kes legend yang telah …

Denda maksimum RM1 JUTA bagi pembocor maklumat yang diperolehi dalam tugasan dan fungsi kerja.-Seksyen 203A Kanun Keseksaan

Denda maksimum RM1 JUTA bagi pembocor maklumat yang diperolehi dalam tugasan dan fungsi kerja. Saya memang suka perbincangan ilmu. Sama-sama kita kongsi dan sama-sama kita beri pendapat. Atas kebenaran dari pemilik akaun saya kongsi pertanyaannya disini dan mari kita sembang tentang isu ini. Seksyen dan Akta Undang-undang ada banyak sekali di Malaysia ini, jadi kalau …

Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil?

Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil? Jujur saya katakan, saya sendiri takut menghadapi kesan sebagai pemberi maklumat. Manalah tahu ada yang mengugut, yang dendam dan mencari masa untuk membalas balik. Saya faham perasaan apabila kita kena tetapi orang lain tidak. Misalnya, waktu sekatan jalan raya, kita ditahan kerana tiada …

Adakah pemberi maklumat di Malaysia ini ada undang-undang yang melindungi?

Kita semua pun jadi tertanya-tanya berkenaan kes Abang burger, apa kedudukan pemberi maklumat. Kes ini mungkin menjadi contoh kepada yang lain tentang isu sejauh mana pemberi maklumat dilindungi. Semua hendak tahu. Di Malaysia kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (AKTA 711). Nama pun Akta perlindungan dan memang jelas di bawah Akta ini banyak, seksyen …

Pihak Media Dilarang Mendedahkan Butiran Kanak-kanak Yang Terlibat Dalam Sesuatu Kes Jenayah.

“Sorry teacher, teacher sorry, sorry teacher, I don’t know why I did it”- PP v KK [2007] 6 CLJ 367. Pada 2002, di Kuala Lumpur, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah membunuh anak guru tuisyennya yang baru berusia 11 tahun dengan cara menikam menggunakan pisau dapur bertubi-tubi. Dalam kes ini, nama suspek juga tidak dilaporkan …

Eh? Kenapa DSN tak terus dipenjarakan? Kenapa dihukum serentak? Kenapa tak asing-asing.

Eh? Kenapa DSN tak terus dipenjarakan?Kenapa serentak? Kenapa tak asing-asing. Sejak semalam ramai yang bertanya macam-macam dihujani soalan dari Whatsapp, komen di ruang FB dan juga messenger. Saya jawab di sini ya, supaya semua faham prosesnya. Begini, asas konsep kemanusiaan di mana-mana negara membangun adalah “right to be heard” atau hak untuk didengar. Melainkan negara …