Adakah para pembuat video di media sosial dikira salah kerana tidak berlesen seperti yang diperuntukkan bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 (Akta 244)?

Para pembuat video Facebook Live, Instagram, Tiktok, Youtube dll, adakah anda dikira salah kerana tidak berlesen seperti yang diperuntukkan bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 (Akta 244)? Denda dia bukan main-main. Kalau disabitkan kesalahan denda maksimum RM50,000 atau penjara tak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Atau tambah lagi kalau kesalahan berterusan, […]

“DS Najib diperintahkan oleh Mahkamah melalui Penghakiman Terus untuk membayar kepada LHDN cukai yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.” Apa itu Penghakiman Terus?

Hari ini saya nak terangkan apa itu PENGHAKIMAN TERUS untuk kefahaman semua. Sebelum itu kita perlu tahu apa itu Penghakiman? Penghakiman adalah perintah oleh Mahkamah memerintahkan Defendan membayar kepada Plaintif jumlah yang terhutang. Dalam Penghakiman biasanya dia akan tulis antaranya “ADALAH PADA HARI INI DIHAKIMKAN BAHAWA Defendan hendaklah membayar jumlah seperti berikut:-“. Diletakkan jumlah yang […]

Pembunuh Kanak-kanak atau Remaja.

Dulu saya selalu tonton rancangan 732 Crime Scene di Astro. Punyalah banyak dokumentari pasal pembunuh kanak-kanak atau remaja. Banyak! Sehinggakan ada macam jenis dokumentari, ada bermusim-musim. Ada bersiri-siri. Punyalah banyak. Tapi itu remaja luar negara. Kes-kes remaja diluar negara memang keterlaluan. Tetapi sejak kebelakangan ini risau membaca laporan berita kes campak bayi oleh beberapa remaja […]

Pindaan bagi hukuman pemandu mabuk diperketatkan.

Kelmarin (16 Julai 2020) saya membaca berita bahawa PDRM berharap agar pindaan bagi hukuman pemandu mabuk diperketatkan. Kini menunggu kelulusan dari Dewan Rakyat bagi pindaan hukuman. Sekarang hukuman bagi pemandu mabuk dibawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (APJ) iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah memperuntukan: Penjara tidak […]

Kenapa saya cadangkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat harta?Bagaimana pula kesalahan hina YDPA?

Semalam saya memberi pendapat agar perosak lukisan mural didakwa dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada harta benda bernilai RM25 ke atas. Walaupun nampak kesalahan itu macam kecil tetapi hukuman di bawah Seksyen ini berat. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang 1 tahun dan maksimum 5 tahun, atau denda atau kedua-duanya […]

Kes Buli Kanak-kanak Berusia 7 Tahun yang Dibuli Kanak-kanak Berusia 8 Tahun.

Pernah tular di Facebook kes buli kanak-kanak berusia 7 tahun yang dibuli oleh kanak-kanak lain yang berusia 8 tahun. Kejadian buli semakin menjadi-jadi. Saya juga ada dirujuk beberapa kali kes buli anak di sekolah begini. Bolehkah hendak saman kerana ini melibatkan kanak-kanak? Apa hak ibu bapa dan apa yang sepatutnya dilakukan? Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan, […]

Siapa berhak menuntut dan menguruskan harta dalam isu seorang selebriti yang terkenal amat pemurah yang telah kembali ke rahmatullah?

Jika seorang suami meninggal dunia, ada ibu kandung, seorang isteri, seorang anak lelaki, ada adik beradik kandung seibu sebapa maka, waris yang boleh menuntut hanyalah: 1. Ibu si mati 1/62. Isteri simati 1/83. Anak lelaki si mati ( baki harta) bahagian terbesar Adik beradik lelaki si mati terhalang dengan adanya anak lelaki si mati. Adik […]

Remaja 16 Tahun Disiasat Kerana Menyebabkan Kematian Kepada Penceroboh.

Berkenaan dengan kes remaja berumur 16 tahun yang disiasat kerana menyebabkan kematian kepada penceroboh bersenjatakan pisau yang masuk ke rumahnya. Suspek memecah masuk rumah yang dihuni remaja berumur 16 tahun dan ibunya. Dilaporkan suspek masuk dan mengacukan pisau kepada penghuni rumah, menyebabkan pergelutan dan suspek tewas. Suspek disahkan meninggal dunia. Remaja tersebut disiasat dibawah Seksyen […]

Scam ‘Syarikat Kurier’

Seorang rakan saya yang dihubungi oleh syarikat kurier berkenaan barangan yang dihantarkan dan meminta wang sekiranya tidak mahu ditangkap polis. Syarikat kurier itu mendakwa tiba-tiba barangan yang ingin dihantar dan dibungkus rapi milik rakan saya telah dibuka oleh kastam dan didapati mengandungi sejumlah duit yang banyak. Oleh itu, ini adalah menjadi kesalahan dibawah AMLA (Pengubahan […]