Scam ‘Syarikat Kurier’

Seorang rakan saya yang dihubungi oleh syarikat kurier berkenaan barangan yang dihantarkan dan meminta wang sekiranya tidak mahu ditangkap polis. Syarikat kurier itu mendakwa tiba-tiba barangan yang ingin dihantar dan dibungkus rapi milik rakan saya telah dibuka oleh kastam dan didapati mengandungi sejumlah duit yang banyak. Oleh itu, ini adalah menjadi kesalahan dibawah AMLA (Pengubahan […]

Prosiding Perbicaraan Inkues Kes Kematian Muhamad Adib

Artikel ini ditulis sehari selepas keputusan prosiding perbicaraan inkues kes kematian Muhamad Adib. Namun artikel ini dinaikkan semula bagi penjelasan inkues. Apa maksudnya? Prosiding ditutup? Adakah sudah diputuskan? Masih belum lagi diputuskan keputusan inkues. Prosiding ditutup bermaksud tiada lagi saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Apa maksud Inkues kematian? Mungkin ada yang salah faham, bahawa inkues […]

Cop Parking, Boleh atau Tidak?

Kalau ada yang terbaca cerita viral pasal seorang lelaki berhadapan dengan individu ‘cop parking’. Begitulah eloknya, bila ada kesalahan undang-undang kita tegur dan pertahankan. Jangan kita maki-maki atau bergaduh. Lelaki menulis dalam statusnya dia panggil pak guard dan minta mereka halau dan kalau enggan, pak guard akan memanggil polis. Penting dan wajib kita ingat kesalahan […]

Cara Elakkan Diri Ke Mahkamah Jika Terima Saman

Saman ini merujuk kepada Saman bagi kesalahan Trafik oleh Polis, JPJ, Majlis Perbandaran atau Jabatan Kesihatan bagi kesalahan merokok atau kegagalan mematuhi kebersihan dalam pengendalian makanan. Tulisan ini tidak merujuk kepada saman tuntutan sivil contohnya disaman tidak bayar pinjaman bank, disaman ganti rugi kecederaan. Saman sivil bukan dikeluarkan oleh polis atau apa-apa Jabatan Kerajaan dan […]

Padam Applikasi ini Daripada Telefon Bimbit Anda

Tahun lepas Berita Harian ada berkongsikan informasi seperti dalam gambar. Kenapa ini bahaya? Aplikasi begini memungkinkan mesej atau pesanan kita dipantau dan boleh menyebabkan berlaku penipuan dengan menggunakan identiti kita. Contohnya jika seorang mangsa ditipu oleh identiti kita (walaupun bukan kita). Mangsa kemudian membuat aduan. Polis memulakan siasatan terhadap kita kerana berdasarkan siasatan penipuan dibuat […]

Adab dalam Bertutur dan Perbuatan

Perkataan ini, lain orang lain penilaiannya. Betulkan? Ada setengah yang cepat tersentuh atau terasa mungkin penerimaannya lain. Kadangkala kita niat hendak bergurau tetapi mungkin kita jenis kasar, jadi gurauan itu disalah anggap. Bagi kes fitnah atau saman malu di mahkamah, atas perkara yang mahkamah teliti dan nilai sebelum memutuskan sama ada perbuatan itu fitnah atau […]

Apa itu Duit Jaminan?

Bolehkah seseorang yang dijatuhkan hukuman penjara dibebaskan dengan bayaran jamin/denda? Apa itu duit jaminan? Duit yang dibayar oleh penjamin bagi memastikan tertuduh datang ke mahkamah setiap kali dan tak cabut lari sehingga kes selesai. Ada kesalahan boleh dijamin, biasanya bagi kes yang hukuman yang tidak berat. Ada kesalahan yang tidak boleh jamin contohnya kes bunuh. […]

Cara Kiraan Had Masa Caj Faedah Hutang Bank/Pemberipinjam Wang Berlesen

Berdasarkan undang-undang faedah adalah terhenti: Sekiranya bank/pemberipinjam mendapatkan penghakiman/perintah mahkamah untuk arahan bayar balik. Selepas tempoh 6 tahun dari tarikh perintah tersebut, faedah adalah terhenti –Akta Had Masa 1953, Seksyen 6(3) Sekiranya seseorang telah diisytiharkan muflis. Contohnya: Osman berhutang kredit kad sebanyak RM20,000.00 dan setiap bulan Osman perlu membayar jumlah yang terhutang beserta faedah dan […]

Bagaimana Cara Menghadapi Penipuan Kemalangan?

Biasa kita dengar kes-kes mangsa ditipu kononnya dilanggar. Mangsa dipaksa membayar ganti rugi kercederaan dan kadangkala akan diugut secara berterusan dalam telefon. Kes-kes ini berlaku kepada sahabat saya. Kejadian ini berlaku sewaktu dia ke pejabat di jalan TAR. Tiba-tiba seorang lelaki menunggang motosikal memaksanya berhentikan kereta. Lelaki itu menyuruh dia menghentikan keretanya di bahu jalan. […]

The Black Widow- Ibu yang mengkhinati anaknya.

Apabila bercerita tentang Black Widow, sudah pasti ramai yang akan berfikir tentang watak Black Widow atau Natasha Romanoff yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson dalam filem-filem keluaran Marvel Studios seperti Avengers: Endgame dan Captain America tapi tahukah anda, sebenarnya Black Widow merujuk kepada perempuan yang berkahwin dengan beberapa lelaki yang berbeza untuk mewarisi hartanya melalui pembunuhan […]