Adakah para pembuat video di media sosial dikira salah kerana tidak berlesen seperti yang diperuntukkan bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 (Akta 244)?

Para pembuat video Facebook Live, Instagram, Tiktok, Youtube dll, adakah anda dikira salah kerana tidak berlesen seperti yang diperuntukkan bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 (Akta 244)? Denda dia bukan main-main. Kalau disabitkan kesalahan denda maksimum RM50,000 atau penjara tak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Atau tambah lagi kalau kesalahan berterusan, …

“DS Najib diperintahkan oleh Mahkamah melalui Penghakiman Terus untuk membayar kepada LHDN cukai yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.” Apa itu Penghakiman Terus?

Hari ini saya nak terangkan apa itu PENGHAKIMAN TERUS untuk kefahaman semua. Sebelum itu kita perlu tahu apa itu Penghakiman? Penghakiman adalah perintah oleh Mahkamah memerintahkan Defendan membayar kepada Plaintif jumlah yang terhutang. Dalam Penghakiman biasanya dia akan tulis antaranya “ADALAH PADA HARI INI DIHAKIMKAN BAHAWA Defendan hendaklah membayar jumlah seperti berikut:-“. Diletakkan jumlah yang …

Pembunuh Kanak-kanak atau Remaja.

Dulu saya selalu tonton rancangan 732 Crime Scene di Astro. Punyalah banyak dokumentari pasal pembunuh kanak-kanak atau remaja. Banyak! Sehinggakan ada macam jenis dokumentari, ada bermusim-musim. Ada bersiri-siri. Punyalah banyak. Tapi itu remaja luar negara. Kes-kes remaja diluar negara memang keterlaluan. Tetapi sejak kebelakangan ini risau membaca laporan berita kes campak bayi oleh beberapa remaja …

Pindaan bagi hukuman pemandu mabuk diperketatkan.

Kelmarin (16 Julai 2020) saya membaca berita bahawa PDRM berharap agar pindaan bagi hukuman pemandu mabuk diperketatkan. Kini menunggu kelulusan dari Dewan Rakyat bagi pindaan hukuman. Sekarang hukuman bagi pemandu mabuk dibawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (APJ) iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah memperuntukan: Penjara tidak …

Kenapa saya cadangkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat harta?Bagaimana pula kesalahan hina YDPA?

Semalam saya memberi pendapat agar perosak lukisan mural didakwa dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada harta benda bernilai RM25 ke atas. Walaupun nampak kesalahan itu macam kecil tetapi hukuman di bawah Seksyen ini berat. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang 1 tahun dan maksimum 5 tahun, atau denda atau kedua-duanya …

Prosiding Perbicaraan Inkues Kes Kematian Muhamad Adib

Artikel ini ditulis sehari selepas keputusan prosiding perbicaraan inkues kes kematian Muhamad Adib. Namun artikel ini dinaikkan semula bagi penjelasan inkues. Apa maksudnya? Prosiding ditutup? Adakah sudah diputuskan? Masih belum lagi diputuskan keputusan inkues. Prosiding ditutup bermaksud tiada lagi saksi-saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Apa maksud Inkues kematian? Mungkin ada yang salah faham, bahawa inkues …

Adab dalam Bertutur dan Perbuatan

Perkataan ini, lain orang lain penilaiannya. Betulkan? Ada setengah yang cepat tersentuh atau terasa mungkin penerimaannya lain. Kadangkala kita niat hendak bergurau tetapi mungkin kita jenis kasar, jadi gurauan itu disalah anggap. Bagi kes fitnah atau saman malu di mahkamah, atas perkara yang mahkamah teliti dan nilai sebelum memutuskan sama ada perbuatan itu fitnah atau …

Cara Kiraan Had Masa Caj Faedah Hutang Bank/Pemberipinjam Wang Berlesen

Berdasarkan undang-undang faedah adalah terhenti: Sekiranya bank/pemberipinjam mendapatkan penghakiman/perintah mahkamah untuk arahan bayar balik. Selepas tempoh 6 tahun dari tarikh perintah tersebut, faedah adalah terhenti –Akta Had Masa 1953, Seksyen 6(3) Sekiranya seseorang telah diisytiharkan muflis. Contohnya: Osman berhutang kredit kad sebanyak RM20,000.00 dan setiap bulan Osman perlu membayar jumlah yang terhutang beserta faedah dan …

Bagaimana dengan mereka yang berbohong tentang Covid-19?

Boleh saman ganti rugi atau tidak? Apa hukumannya? Kalau jujur, mesti banyak nyawa yang diselamatkan. Kerana seorang individu yang pergi ke Italy (Kluster Italy) sebelum PKP dan kerana dia dikatakan gagal untuk kuarantin diri sendiri, telah mengakibatkan 37 orang yang lain dijangkiti dan 5 orang meninggal dunia. Apa tindakan undang-undang bagi mereka yang menipu dan …

Apakah Tanggungjawab Majikan Menangani Virus COVID-19 Dikalangan Pekerjanya?

Sejak adanya Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai di antara kita terutamanya warga pekerja di dalam kumpulan “essential” yang khuatir sekiranya dijangkiti dengan Virus Covid-19 akibat ulang alik atas urusan kerja. Malah persoalan ini menghantui fikiran setiap warga pekerja di seluruh Malaysia pada masa ini. Secara amnya, Kementerian Sumber Manusia telahpun menyediakan garis panduan yang harus …