Hukuman Penjara 6 Tahun Pengasuh Adam Rayqal Dikekalkan – Sebab Kenapa Kes Tidak Didakwa Dibawah Seksyen 302 KK.

Minggu lepas diputuskan bahawa hukuman penjara 6 tahun dikekalkan terhadap bekas pengasuh Adik Adam Rayqal. Kes ini pernah menjadi tumpuan satu ketika dahulu. Majoriti orang awam memberi pendapat bahawa kes ini perlu didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh. Pendapat dan praktis di mahkamah sudah tentu berbeza. Saya ada menulis tentang perbezaan …

Pemandu Dalam Kes Basikal Lajak Dilepaskan. Contoh Kes Lain Bagaimana Mahkamah Membuat Keputusan.

Bagi pendakwaan di mahkamah, banyak perkara yang memainkan peranan. Dari peringkat penyiasatan, pendakwaan, keterangan dan hujahan sangat penting bagi mahkamah membuat keputusan. Saya terbaca berbeza pendapat berkenaan dengan keputusan, seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 remaja menaiki basikal lajak, empat tahun lalu. Bagi kesalahan ini adalah …

Salah atau tidak merakam video sewaktu polis bertugas?

Aktiviti merakam dan viral telah menjadi kebiasaan sekarang. Secara undang-undangnya salah atau tidak? Tidak ada undang-undang di Malaysia pun yang tidak membenarkan orang awam merakam video sewaktu kerja pihak berkuasa. Ini juga seperti yang dinyatakan oleh Presiden Majlis Peguam kepada Media tahun lepas. Link. Tetapi kita semua maklum bahawa terdapat Seksyen 186 Kanun Keseksaan menghalang …